in

Buku Khas Jalan Jalan Cari Makan Bersama Maria Tunku Sabri

Sebut sahaja nama Jalan Jalan Cari Makan (JJCM), pasti orang ramai akan kaitkan nama tersebut dengan Maria Tunku Sabri. Nama beliau amat sinonim dengan program tersebut yang banyak memberi informasi kepada orang ramai berkaitan lokasi dan makanan istimewa seluruh Malaysia. Apatah lagi, beliau telah mengemudikan program menarik tersebut selama 12 musim.

Tidak mahu mensia-siakan informasi yang ada, OCR telah mengambil inisiatif bekerjasama dengan NMPC Global untuk menghasilkan sebuah buku khas yang diberi nama Jalan Jalan Cari Makan Bersama Maria Tunku Sabri (JJCM bersama MTS). OCR amat bertuah apabila NMPC Global telah mengizin dan membenarkan Maria Tunku Sabri untuk berkongsikan pengalaman, lokasi dan destinasi yang pernah dijelajahi beliau dahulu bersama peminat setianya.

Maria Tunku Sabri

Sebagai permulaan, personaliti kesukaan ramai ini akan berkongsi dengan anda lokasi-lokasi restoran, gerai dan kedai makan terpilih sekitar Lembah Klang menerusi buku Jalan Jalan Cari Makan Bersama Maria Tunku Sabri edisi Ramadan 2011. Buku ini amat sesuai diterbitkan sebelum Ramadan memandangkan pada bulan yang mulia inilah kita dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama insan termasuklah sahabat taulan dan keluarga tersayang.

Anda juga jangan terkejut apabila terserempak dengan Maria Tunku Sabri serta keluarga berbuka puasa di tempat yang sama dengan anda! Ini adalah kerana tuan punya restoran atau kedai makan tersebut telah membeli iklan utama atau juga mungkin mereka adalah salah seorang daripada penaja bertuah kami yang dapat berbuka puasa bersama personaliti anggun itu.

Ruangan iklan bagi buku Jalan Jalan Cari Makan Bersama Maria Tunku Sabri edisi Ramadan 2011 ini masih lagi terbuka. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kami dengan membeli iklan yang berharga dari RM50 hingga RM4,000. Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan perkara di atas, sila hubungi OCR di talian 011 1213 5350 / 011 1231 5350 / 603 6730 5750 atau ajukan pertanyaan anda ke email [email protected] / [email protected] Selain daripada itu, anda juga berpeluang melayari laman web buku tersebut di www.jjcmmts.com.

Jom berbuka puasa bersama Maria Tunku Sabri sepanjang bulan Ramadan ini dan nikmati makanan istimewa dan unik yang pernah dinikmati oleh beliau.

Mengenai JJCM Bersama MTS
Jalan Jalan Cari Makan Bersama Maria Tunku Sabri (JJCM Bersama MTS) edisi khas Ramadan 2011 ini merupakan inisiatif antara OCR dan NMPC Global untuk berkongsi senarai lokasi dan destinasi bagi tempat-tempat makan yang menarik di sekitar Lembah Klang. Tujuan dihasilkan buku ini adalah amat bersesuaian dengan keadaan masa di mana bulan Ramadan yang kian hampir dan pasti ramai yang tercari-cari tempat makanan yang sesuai untuk menjamu selera sempena bulan Ramadan.

JJCM Bersama MTS ini tidak berhenti setakat edisi khas Ramadan di sekitar Lembah Klang sahaja, malahan buku ini juga bakal menyenaraikan lokasi serta destinasi di seluruh Malaysia tidak lama lagi. Ini adalah usaha permulaan bagi OCR dan NMPC Global untuk berkongsi segala maklumat yang dirasakan amat sesuai kepada kita semua.

Maria Tunku Sabri

Maria Tunku Sabri

Maria Tunku Sabri

Maria Tunku Sabri

Maria Tunku Sabri

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dell Blogger Day

Jom Lari Bersama Selebriti di Feel Good Run ntv7