in ,

Jom Lari Bersama Selebriti di Feel Good Run ntv7

MASANYA SUDAH TIBA! MARI MULAKAN LARIAN!

Seramai lebih 5,000 orang pelari akan memulakan misi larian mereka di acara Feel Good Run ntv7 pada hari Ahad, 3 Julai 2011. Tambah menarik lagi ialah lebih daripada 70 selebriti tanah air akan turut menyertai larian amal ini bertempat di Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor.

Jika itu belum mencukupi, penganjur telah pun membariskan 7 persembahan hebat dan sebuah karnival yang tak mungkin dilepaskan termasuklah pesta riang-ria, permainan ‘inflatable’ dan pelbagai lagi acara sampingan lain untuk menceriakan semua peserta larian dan pengunjung yang hadir.

Nantikan persembahan hebat artis realiti TV seperti Dina (naib juara Malaysian Idol musim pertama), John Huang (juara Project Superstar musim pertama), dan Shila Amzah (naib juara One In A Million musim kedua) mendendangkan lagu-lagu hits mereka di pentas utama nanti.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton persembahan Muzikal ‘Dreamgirls’ Malaysia, Glitz, Maestro NASOM, dan banyak lagi.

Pengurus Besar Kumpulan ntv7 dan 8TV, Airin Zainul berkata, “Kami benar-benar gembira menerima sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai untuk larian amal ntv7 ini yang buat julung-julung kalinya diadakan sempena sambutan ulangtahun stesen ini yang ke-13; ini akan menjadi sesuatu yang BESAR dan kami amat berterima kasih dengan segala sokongan yang diterima.”

Kami mahukan semua peserta larian dan pengunjung untuk terus ceria, justeru kami menyediakan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dimana mereka dan seisi keluarga akan tetap aktif dan terhibur,” tambahnya lagi.

Artiste - Jehan Miskin

“Tiba masanya untuk berlari, berseronok dan membantu membuat perubahan dalam kehidupan mereka yang memerlukan, dan di mana lagi untuk memulakannya kalau bukan di Feel Good Run, ntv7!

Larian amal beramai-ramai itu akan bermula seawal jam 7 pagi dengan sesi memanaskan badan dibimbing oleh rakan rasmi, pusat kesihatan Celebrity Fitness. Pelepasan larian pula bermula sejurus 7.30 pagi dimana titik mula dan akhir untuk semua kategori ialah di Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor. Laluan larian ini ialah di sekitar kawasan Bandar Utama.

Activities - Walking Street Magicians

Dengan harga penyertaan yang berpatutan iaitu sebanyak RM 25 untuk dewasa dan RM 10 untuk kanak-kanak, para peserta bukan sahaja dapat menyertai larian ini bersama selebriti kegemaran dan menyihatkan tubuh badan mereka, malah mereka akan diberi satu kit larian yang disertakan dengan dengan kemeja-T, botol air, tuala muka, dan pelbagai lagi barangan daripada pihak penaja. Antara barisan kategori-kategori yang akan memeriahkan larian amal ini ialah:

1) Feel Good Run – 7 km, berumur 13 tahun dan ke atas
2) Run with Celebrities – 3 km, berumur 13 tahun dan ke atas
3) Costume Fun Run – 3 km, berumur 13 tahun dan ke atas
4) Kids Run – 700 m, berumur 12 tahun dan ke bawah

Segala kutipan dan sumbangan akan disalurkan kepada Yayasan Jantung Malaysia, National Cancer Society of Malaysia, Malaysian AIDS Foundation, dan National Autism Society of Malaysia.

Dikira sebagai salah satu acara larian selebriti yang paling berpestij di negara ini, Feel Good Run menggabungkan ramai personaliti termasuklah Nazrudin Habibur Rahman, Jehan Miskin, Jaclyn Victor, Daphne Iking, Joanne de Rozario, Leslie Chai, Debbie Goh, Dynas Mokhtar, Cheryl Samad serta blogger seperti Mohd Zulkifli, Niki Cheong dan ramai lagi.

Feel Good Run dianjurkan bersempena sambutan ulangtahun ntv7 yang ke-13 dan bertujuan untuk membawa keseronokan sama ada bersama rakan-rakan, mahupun bersama seisi keluarga selain untuk kekal sihat dan ceria.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari www.ntv7.com.my/feelgoodrun.

Activities - Entertainers

Aturcara Majlis

Acara: ntv7 Feel Good Run
Tarikh: Sunday, 3rd July 2011
Lokasi: Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor

Masa Deskripsi
06.30 pagi Ketibaan para peserta larian

07.00 pagi Sesi memanaskan badan oleh Celebrity Fitness

07.30 pagi Pelepasan larian kategori Feel Good Run – 7KM
Pelepasan oleh Datuk Johan Jaafar, Chairman of Media Prima Berhad

07.40 pagi Pelepasan larian kategori Selebriti & kategori Kostum – 3KM
Pelepasan oleh Tan Sri Lee Lam Thye, Board of Directors, Media Prima Berhad

07.50 pagi Pelepasan larian kategori Kanak-kanak – 700m
Pelepasan oleh by Dato’ Amrin Awaluddin, Group Managing Director, Media Prima Berhad

08.00 pagi Karnival bermula

08.15 pagi Ketibaan peserta di garisan penamat

09.00 pagi Kelas Menari Celebrity Fitness

10.00 pagi Ucapan pembuka dari pengacara, Hafiz Fly FM

Activities - Fun Games

10.15 pagi Persembahan Maestro NASOM
Kumpulan Maestro Persatuan Autism Kebangsaan Malaysia terdiri daripada 25 orang
kanak-kanak autism berumur di antara 7-13 tahun yang menghadiri program di
NASOM.

10.30 pagi Persembahan nyanyian oleh John Huang, Juara Project Superstar Musim 1

11.00 pagi Persembahan Glitz
Bersedia dengan persembahan memukau ahli slap mata, Charles Bach, pakar illusi
yang akan mempersembahkan aksi yang digelar “deft sight-of-hand” dan persembahan
akrobatik yang mengagumkan dengan tradisi lebih dari 3000 tahun.

11.30 pagi Persembahan nyanyian oleh Dina, Naib Juara Malaysian Idol Musim 1

Activities - Dunking Machine

11.45 pagi Majlis Penyerahan Cek kepada semua Benefisiari
Yayasan Jantung Malaysia, National Cancer Society of Malaysia, Malaysian AIDS Foundation, dan National Autism Society of Malaysia.

12.00 tghr Persembahan nyanyian oleh Shila Amzah, Naib Juara One in a Million Musim 2

12.15 tghr Persembahan Kumpulan Sorak- Pirates All Boy

12.30 tghr Dreamgirls’ Musical Malaysia
Buat pertama kalinya dalam sejarah pementasan Malaysia, Dreamgirls akan dipentaskan di Kuala Lumpur bermula 14 Julai di Istana Budaya, menampilkan kesemua pelakon tempatan. Produksi ini diterbitkan oleh Broadway Academy (M) Sdn. Bhd. arahan pengarah Joanna Bessey,pengarah muzik oleh Casey Koh dan dikoreografkan Michael Xavier Voon. Mereka dijangkakan membuat persembahan yang hebat di acara ini nanti.

Activities - Inflatable Games

12:45 tghr Acara Tamat

Tahukah anda?
– Kita akan mendapat lebih 5,000 rakan baru yang akan menyertai larian pada 3 Julai ini.
– Secara keseluruhan, kita mungkin telah minum 3,241.2 liter air sepanjang tempoh 2-jam larian ini berlangsung.
– Kita akan menghasilkan peluh sebanyak lebih daripada 20,000 cawan pada acara ini.

Peringatan buat pelari
– Sentiasa pastikan anda terhidrat denagan banyakkan meminum air.
– Pastikan anada melakukan sesi memanaskan badan!
– Jangan lupa krim pelindung UV anda dan paling penting janagn lupa untuk berseronok!

Singing Performance by Dina, Runner-up of Malaysian Idol Season 1

Artiste - Nazrudin Habibur Rahman

Artiste - Cheryl Samad

Artiste - Jaclyn Victor

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Buku Khas Jalan Jalan Cari Makan Bersama Maria Tunku Sabri

Journey To Parenthood.my by Sheikh Muszaphar & Dr. Halina