in ,

BUKALAH MATA Lagu di Sebalik Kisah Benar Zain Ruhani

Bermula sebagai hobi, hasrat seorang jurutera yang mahu dikenali sebagai Zain Ruhani untuk melangkah ke bidang nyanyian akhirnya menjadi kenyataan selepas terhasilnya single pertama berjudul Impian Rahsia. Kini Zain mengorak langkah kehadapan dengan kelahiran single ke 3 beliau yang berjudul BUKALAH MATA.

Lagu yang mendapat sentuhan sepenuhnya Zain Ruhani dengan kerjasama komposer berpengalaman Mohariz Yaakob ini merupakan titik kesinambungan untuk dia berkarya lebih jauh lagi dalam industri muzik tanah air.

Bukan mahu bersaing dengan komposer-komposer dan penyanyi yang sudah mempunyai nama, sebaliknya kehadirannya adalah untuk mewarnai industri agar lebih meriah.

“Saya mula berminat dengan muzik sejak di bangku sekolah rendah dan minat itu saya teruskan biarpun sudah mempunyai kerjaya lain.

“Bagi saya belum terlambat untuk saya menjadi seorang penghibur dengan karya saya ini. Saya pasti ada pendengar yang dapat menerima lagu berkenaan dan menjiwainya,” ujarnya.

Lagu Bukalah Mata ini merupakan karya istimewa yang menceritakan tentang kisah benar yang dilalui oleh salah seaorang pelatih bola sepak yang di latih oleh Zain Ruhani sendiri terlibat dalam satu kemalangan dan berada dalam keadaan koma di hospital.

Kata Zain, selepas melewat pelatihnya tersebut timbul idea untuk menghasilkan lagu bukalah mata ini dan berharap agar kisah ini menjadi ikhtibar kepada semua pendengar tanah air yang mempunyai pengalaman yang sama sepertinya.

Zain Ruhani

“Ia kisah benar seorang yang tabh dan kuat untuk meneruskan kelangsungan hidup. Dia akhirnya sembuh seperti sediakala.”

Dalam pada itu, Zain Ruhani percaya lagu genre balada itu mempunyai daya tarikan tersendiri yang mampu membuatkan pencinta muzik jatuh cinta dan mendengar berulang kali.

Muzik Video lagu Bukalah Mata juga menarik perhatian kerana di bintangi oleh pelakon Faizal Hussin selaku watak utama dalam muzik video ini yang telah dilancarkan September lepas yang kini mencecah 256,473 tonton di youtube sejak dilancarkan.

Zain Ruhani

Zain Ruhani

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tayangan PULANG Untuk Audiens Global Sebagai Filem ‘NETFLIX ORIGINAL’

Kristal Tampil Dengan Vokalis Baru Lancar CINTAKU KRISTAL