in ,

Kristal Tampil Dengan Vokalis Baru Lancar CINTAKU KRISTAL

Kristal sebuah kumpulan yang terdiri daripada empat orang remaja lelaki yang telah ditubuhkan sejak tahun 1998. Sebuah kumpulan yang memperjuangkan genre muzik melayu pop rock ini mula dikenali dengan lagu ‘Seragam Hitam’ dan ‘Membisu’ menerusi album pertama mereka berjudul ‘Semut & Lebah’.

Kristal terus mengukir nama pada tahun 2002 dengan lagu ‘Delaila’ dan ‘Resam Pak Belalang’ menerusi album kedua mereka ‘Pak Belalang’.

Mereka telah mengeluarkan 12 album di mana ia telah menampilkan ramai komposer-komposer besar tanah air seperti M.Nasir, Loloq, Tam Spider, Joe Wings dan ramai lagi.

Kini tahun 2018, mereka muncul semula dengan single terbaru berjudul ‘CintaKu Kristal’. Sebuah lagu ciptaan Pak Long komposer lagu ‘Selagi Ada Rindu’ dan ‘Cinta Pantai Merdeka’.

Kristal

Lagu yang mengisahkan tentang rasa cinta terhadap individu yang di cintai dan yang pasti cinta yang kekal abadi cinta kepada yang maha Esa.

CintaKu Kristal ini bergenre slow rock di mana ia masih mengekalkan konsep lagu Kristal serta muzik yang lebih segar.

Kristal

Lagu ini mengambil masa dua hingga tiga bulan untuk disiapkan bagi memastikan susunan muzik dan melodi masih kekal dan tidak lari dari konsep lagu Kristal yang terdahulu.

Uniknya lagu ‘CintaKu Kristal’ kali ini mereka bakal tampil dengan vokalis baru yang berjiwa rock serta mempunyai tone suara yang unik sudah pasti membawa satu kelainan terhadap kumpulan kristal. Selain itu, beliau mampu untuk membawa lagu-lagu Kristal dengan begitu baik sekali. Bekerjasama dengan beliau amat mudah malahan ahli anggota yang lain juga menerima kehadiran beliau dengan tangan terbuka.

Tiga ahli anggota kumpulan Kristal yang masih kekal sama iaitu Muhamad Rodi Baharuddin (Rodi) sebagai gitaris, Muhamad Ashraff Baharuddin (Acap) sebagai drummer, Muhammad Afifi Bin Nor Mohamed (Kechiq Afifi) sebagai bassist dan Mohammad Fairuz Bin Kamarudin (Kecik Ogie) sebagai vokalis.

Kristal

Kristal

Kristal

Kristal

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

BUKALAH MATA Lagu di Sebalik Kisah Benar Zain Ruhani

[GAMBAR] Sekitar Fattah Amin Dilantik Sebagai Duta Toyota C-HR