in ,

Oh My English Villa Isabellaaa

Berikutan kejayaan siri komedi pendidikan Oh My English! (OME!) dan atas permintaan ramai, Astro bakal membawakan sebuah lagi karya telefilem istimewa berjudul ‘Oh My English: Villa Isabellaaa!’. Oh My English: Villa Isabellaaa! merupakan telefilem ketiga daripada siri komedi pendidikan popular ini selepas Oh My Ganu! dan Oh My English – Hello America!.

nadiya-nisaa

Telefilem ini merupakan satu karya dengan suntikan elemen seram dan suspen ke dalam kisah yang berkonsepkan komedi pendidikan.

Budiey turut dijemput untuk ke Majlis Pra Tonton dan Sidang Media Oh My English: Villa Isabellaaa! yang akan diadakan di pawagam terkemuka di Kuala Lumpur. Pastinya, acara ini akan dimeriahkan dengan kehadiran para pelakon Oh My English: Villa Isabellaaa! yang akan turut hadir pada majlis ini antaranya Nadiya Nisaa (Jojie), Sherry Al Hadad (Cikgu Bedah), Juzzthin (Zack), Akhmal Nazri (Jibam), Zhafir Muzani (Mazlee) dan juga penampilan daripada para pelakon undangan iaitu Emelda Rosemila, Sara Ali dan Atu Zero.

Carmen Soo Dalam Oh My English Musim Ketiga

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nasi Lemak Kopi O Anjur Adopt A Cat

BudieyBuddies Bakal Meriahkan #OHHSOME FEST