in ,

Budiey di Pelancaran Fesyen Terbaru Adidas The Gardens Fall Winter 2008

Pada 10 September lalu, Budiey ada join satu acara yang dianjurkan oleh pengeluar pakaian sukan, Adidas. Acara bermula selepas berbuka puasa. Tapi nasib baik diorang kasi jamuan berbuka. Kira okay la tu walaupun kena beratur dan bersesak-sesak dengan non muslim yang lain.

Pada mulanya, Budiey tak faham apa konsep acara yang diberi nama ‘Transform Stress Into Strength & Sweat To Bliss tu. Ingat ke apa, rupanya ada pertunjukan fesyen, yoga dan bersenam.

Setelah sampai dan meneliti press kit yang diberikan, barulah Budiey dapat tahu acara ini menghimpunkan beberapa star dan selebriti yang akan memperagakan pakaian sukan Adidas sambil beryoga dan menari untuk kecergasan dan keseimbangan minda katanya.

Dewan pun nampak lengang tanpa sebarang tempat duduk. So, kami pun bersila la dulu sementara menunggu waktu berbuka. Kira event ni santai habis lah. Boleh duduk santai bergossip dulu.

Budiey dikelilingi perempuan-perempuan yang bekerja sebagai media. Malatop jugak badan diorang ni. Yelah, korangkan telah disenairaikan sebagai duta barangan Adidas untuk tahun depan, katanya. Senarai hitam! Haha!

Berbuka dengan cheese cake… mmm kata nak diet tapi makan makanan berlemak ni, camna?

Majlis beryoga bersama Adidas yang diadakan di Main Ballroom, Tingkat 5, The Garden Hotel & Resorts, Mid Valley City diserikan dengan kehadiran para selebriti yang katanya pernah menjadi bahan ujikaji dan expremental untuk mengenakan pakaian jenama Adidas.

Antaranya, Amber Chia, Daphne Iking, Deborah Henry, Dina, Fauziah Gous, Lavin Seow, Sazzy Falak, Stephanie Chai dan Ninie Ahmad. Oh diorang ni sebenarnya, brand ambassodaors! Mantap tu! Mesti tiap-tiap hari berjogging je guna treksuit Adidas. Budiey sebenarnya penggemar pakaian Adidas tapi kenapa tak jadi duta macam diorang… (Huhu, ko ingat ko popular ke nak jadi duta? Haha! Berangan la sangat!) Okla, lawak je tu.

Tapi baguslah Adidas ni sebab dia memahami citarasa wanita Asia yang begitu mementingkan bentuk badan. Kalau tak, lihatlah dia punya size baju dan pakaian tu… ada macam-macam saiz! Tapi kalau gemuk sangat, takde saiz la pulak. Camna tu? Ha, kalau takde saiz, korang gi beli kain kat Jakel, tempah la sendiri ya. Puas hati ko!

Kata Adidas, Imposible is Nothing! Begitu juga dengan kesihatan dan kehidupan. Kerana itu, Adidas telah melancarkan koleksi fesyen Adidas khusus untuk wanita bagi musim sejuk dan luruh 2008. Ianya begitu sesuai dengan wanita yang ingin mempertingkatkan kesihatan dengan bersukan.

Bukan senang untuk mencapai kesihatan yang optimum. tapi lagi susah untuk cantik. Ramai dari wanita yang rela bersakit dan rela menumpuh kesusahan demi kecantikan.

Deborah Henry, si ratu Malaysia.

Budiey suka Adidas sebab produk ni mementingkan keselesaian, simple dan warna pakaian pun menarik. Cut dan design dia juga pun boleh tahan la jugak.

Sebenarnya, Budiey datang sini untuk ambil gambar Fauziah Gous sebab dia beria-ia call Budiey seminggu sebelum acara. Fauziah Gous ni kira mesra jugak la dengan Budiey sebab Budiey ada buat blog untuk dia. Saje tolong kawan-kawan artis yang pemalas nih.

Budiey ada suruh Fauziah buat Facebook, tapi kata Fauziah dia dah malas sebab ramai orang yang tak reti bahasa dan dalam kata lain GILA yang gi menyamar. Alah, bukan Fauziah je yang kena kat Friendster tu, berlambak lagi yang jadi mangsa. Nak buat camna, dalam dunia IT camna, sape-sape pun boleh menyamar jadi artis dalam internet.

Banyak giler gambar Fauziah aku siarkan nih… mesti orang kata aku berat sebelah. Peduli apa… kroni punya pasal! Haha!

Hadirin berbuka puasa dengan juadah yang ala-ala cocktail, makan berdiri dan cara diorang buat sign untuk berbuka pun guna loceng aje! Selepas tu, Budiey ada masuk tempat selebriti ni lepak di satu kamar. Tengok, kat situ cuma ada beberapa selebriti sahaja. Antaranya Amber Chia, Deborah Hendy, Fauziah Gous dan Daphne Iking. Mana yang lain… ntah la tak datang lagi kot masa tu.

Inilah dia antara gambar yang Budiey sempat rakam:

Fojiah!

Jom berkick boxing dengan Amber!

Daphen Iking, my dearest celebrity oso!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selamat Menyambut Ulangtahun Pertama Portal GUA

Gambar Melissa Maureen Rizal @ Sambutan Ulangtahun Pertama Portal GUA