Gambar Melissa Maureen Rizal @ Sambutan Ulangtahun Pertama Portal GUA

Semalam, masa menghadiri Majlis Sambutan Ulangtahun Pertama Portal GUA, Budiey sempat ambil gambar seorang selebriti yang baru je berkahwin, Melissa Maureen Rizal. Masih lagi kurus seperti yang Budiey jumpa masa Majlis Pelancaran Drama Online Ceraiya di Restoran Rebung baru-baru ini.

Selain antara pelakon drama Ceraiya yang masih dapat ditonton di GUA, Melissa juga menjadi hos bersama Ahmad Fedtri Yahya di majlis yang begitu meriah diadakan di Restoran Nelayan, Tasik Titiwangsa semalam.

Ramai yang tak kenal dengan Melissa. Dulu kan dia berlakon dalam iklan Pond’s. Ada juga tampil dalam siri TV Table For Two, Gol & Gincu pun dia ada berlakon jugak. Budiey suka tengok Melissa berlakon dalam Gol & Gincu. Elok sangat kalau berpasangan dengan Ashraf Sinclair. Oh, cakap pasal Ashraf Sinclair, semalam Budiey ada tanya Aishah Sinclair (adik Ashraf), katanya Ashraf dah plan untuk kahwin bulan Disember ini… sekarang pun Ashraf stay kat Jakarta. Ada shooting kat sana. Ke ikut kekasihnya, si Bunga tu kot.

Melihat kepada usia dan keayuan Melissa, ramai yang tak percaya yang masa remajanya dia seorang tomboy yang suka mengayuh basikal bersama kawan dan jiran sampai jatuh dan lutut berdarah. Kalau nak tahu, Melissa juga suka main bola sepak dengan budak lelaki. Tapi tengoklah Melissa camna sekarang… cantik dan comel sebab Melissa ada lesung pipi…

Permaisuri hati si Malique

Eh! Nampak dalam gambar ni macam awak dah mengandung yek? Ops! Terlebih sudah!

Comel gilos! fabulous!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Budiey di Pelancaran Fesyen Terbaru Adidas The Gardens Fall Winter 2008

NAK TIKET BAS FREE BALIK KAMPUNG UNTUK BERAYA TV3?