in

Brian Mcknight Teruja Persembahan Sulung di Kuala Lumpur

Bintang sensasi antarabangsa yang terkenal dengan suara yang unik, Brian McKnight bakal menjanjikan sebuah persembahan yang menakjubkan kepada peminatnya dalam konsert “More Than Words” – An Intimate Evening with Brian McKnight, yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 9 Mei 2014 nanti.

Pertama kali beraksi di Malaysia, nama konsert ini adalah dipetik dari albumnya dan bakal menyaksikan McKnight mendendangkan lagu-lagu hits sepanjang karier seninya. McKnight telah berjaya menempa nama dalam sejarah muzik kontemporari setelah mengeluarkan 15 album dengan mencatat jualan album melebihi 20 juta unit di seluruh dunia.

Brian McKnight

Brian Mcknight Teruja Dengan Persembahan Sulungnya Di Kuala Lumpur

[dropcap]P[/dropcap]ernah dicalonkan sebanyak 16 kali dalam Anugerah Grammy, McKnight telah berjaya meraih pelbagai anugerah berprestij seperti “American Music Awards”, “Soul Train Awards”, “NAACP Image and Blockbuster Awards”, dan “Billboard Songwriter of The Year”.

Rakyat Malaysia bakal mengimbau kembali memori bersama McKnight menerusi lagu popularnya, “Back at One” yang dikeluarkan oleh Motown Records pada tahun 1999, yang telah terjual lebih tiga juta salinan di seluruh dunia. Sepanjang tempoh kerjayanya, McKnight pernah berkolaborasi bersama Quincy Jones, Justin Timberlake, Mariah Carey, Diddy, Christina Aguilera, Rascal Flatts, Nelly, Vanessa Williams, Willie Nelson dan Kenny G.

Anak kelahiran New York ini telah menandatangani perjanjian rakaman pertamanya bersama Mercury Records. Pada tahun 1992 , album bertajuk “Brian McKnight ” telah dikeluarkan diikuti dengan “I Remember You” (1995) dan “Anytime” (1997). “Anytime” berjaya mencatat jualan lebih dua juta unit album dan telah dicalonkan untuk Anugerah Grammy. Peminat boleh membeli tiket untuk menyaksikan konsert Brian McKnight menerusi laman sesawang JAG di www.jagtickets.com

JAG Concerts & Events telah berjaya menempa nama dalam industri muzik tanahair melalui penganjuran konsert barisan artis bertaraf dunia, seperti penganjuran konsert Brian McKnight buat pertama kali di Malaysia. Sebuah syarikat yang dinamik serta mempunyai kepakaran dalam reka bentuk acara dan promosi konsert, JAG berasa berbangga dengan kejayaan membawa artis antarabangsa seperti Diana Ross, Michael Buble, David Foster & Friends ke Malaysia sebelum ini.

Brian McKnight

Mengenai JAG
JAG Concerts & Events mempunyai perkhidmatan yang terdiri daripada penganjuran konsert dan acara untuk taman tema dan JUGA reka bentuk pentas. JAG Concerts & Events juga bercadang untuk mengembangkan perkhidmatan semasa dalam industri pelancongan. Antara konsert yang dianjurkan oleh JAG Concerts & Events di Kuala Lumpur termasuk Michael Buble, Foster & Friends dan Diana Ross. R James Alexander Ali Simargolang menubuhkan JAG Concerts & Events (JAG) pada 2009. Sebelum menjadi pengasas JAG, beliau berkhidmat dengan Buena Vista International (Eropah) di mana dia mengasah kemahiranya dalam bidang kreatif, pengurusan dalam industri hiburan dan pengurusan acara.
Follow FB : www.facebook.com/jagtickets Instagram : @Jagtickets

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ntv7 Wins Top Honours at Putra Brand Awards

AIA Penaja Utama Konsert Taylor Swift The Red Tour di Kuala Lumpur