in , ,

Borak Lejen Bual Bicara Tentang Perkembangan Artis Lejen di RTM

Radio Televisyen Malaysia (RTM) begitu berbangga dan menghargai bakat artis-artis lejen yang pernah mengukir nama dalam industri seni tanah air. 

Apatahlagi nama-nama artis lejen ini sememangnya mempunyai pengikut tegarnya sehingga kini. Begitu juga lagu-lagu nyanyian mereka sehingga kini malar segar di hati semua tanpa mengira perbezaan usia.

Namun sebahagian besar daripada nama-nama penghibur tanah air ini semakin jarang muncul membuat persembahan. Begitu pun para peminat pula teruja mahu mengikuti perkembangan terkini artis pujaan kesayangan mereka. Prihatin dengan situasi tersebut, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan program bual bicara terbaharu bertajuk “Borak Lejen” terbitan Unit Hiburan TV RTM.

poster Borak Lejen di TV2

Telah pun mula bersiaran episod pengenalannya 19 November lalu, program menemui penonton setiap Ahad, pukul 11.00 pagi di TV2 ini dikendalikan Raja Azura sebagai hos. Setiap minggu hos akan menampilkan tetamu jemputan istimewa terdiri daripada artis terkenal tanah air.


Artis yang dipilih termasuklah Salih Yaacob, Datuk Jeffrydin, Datuk Khatijah Ibrahim, Uji Rashid, AR Badul, Dato’ Francissca Peter, Dato’ Andre Goh, Fauziah Latiff, Rani Kulup, Datuk Zamery Amera & Melissa Francis, Dato’ Sarbanun Marican, Ayai Illusi dan A. Rahman Onn.

Dato Francissca Peter dan Fauziah Latif antara artis jemputan

Pengisian program berdasarkan kisah dan pengalaman hidup artis terlibat. Begitu juga perkongsian pengalaman dan cerita terbaharu artis pilihan setiap minggu. Melalui paparan kisah hidup yang diceritakan sendiri oleh tetamu, Raja Azura membawa penonton menyelami isu yang mereka alami dan lalui agar penonton mendapat gambaran yang lebih jelas.

Penonton dibawa bersama-sama mengikuti tiga segmen diperkenalkan dalam setiap episod bermula dengan segmen pertama iaitu pengenalan program oleh Raja Azura dan sembang artis juga nyanyian artis undangan. 

A Rahman Onn

Menyusul kemudiannya segmen kedua menceritakan ‘campak belakang’ karier seni artis terlibat dan diselang-selikan dengan klipping. 

Akhir sekali program dimeriahkan dengan persembahan solo atau duet artis undangan dan kemuncaknya acara penutup program persembahan nyanyian artis-artis yang memeriahkan program ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Galaxy Watch6

Siri Galaxy Watch6 Kini Lebih Sempurna Jadi Hadiah Tulus Ikhlas Dari Hati

19 Usahawan Desa Capai Jualan Lebih RM1 Juta Dalam Tempoh 12 Bulan