in , ,

BoBoiBoy Movie 2 Raih RM9.9Juta Selepas Lima Hari Tayangan

Tahniah! Kecemerlangan filem animasi tempatan, BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) terus terbukti apabila mencatat kutipan mencecah RM9.9 juta selepas lima hari tayangan.

Kutipan itu diperoleh menerusi tayangan di tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei. Terdahulu, filem itu melakar sejarah baharu sebagai produksi animasi tempatan mencatat kutipan tertinggi apabila meraih RM1.18 juta pada hari pertama tayangan.

Boboiboy

Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Abdul Razak, berkata catatan itu membuktikan penerimaan luar biasa penonton, sekali gus memecah rekod filem pertama yang mengambil masa 13 hari untuk meraih kutipan serupa.

“Saya teruja dan tidak menyangka kutipan BBBM2 mampu mencecah hingga RM9.9 juta dalam tempoh lima hari tayangan.

“Ketika filem BoBoiBoy pertama menemui penonton tiga tahun lalu, ia memerlukan 13 hari untuk mendapat jumlah sama.

“Perkembangan memberangsangkan ini membuktikan penonton di negara ini semakin memberikan sokongan terhadap animasi tempatan,”

– Nizam Abdul Razak

Sementara itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Jastina Raja Arshad, berkata walaupun berdepan saingan filem antarabangsa, animasi berkenaan tetap mendahului carta.

“Berita gembira ini memberikan impak positif, sekali gus memperlihatkan potensi filem tempatan untuk terus berkembang.

“Walaupun berdepan saingan filem antarabangsa, BBBM2 masih mendapat tempat di hati penonton pelbagai usia.

“Untuk lebih mendekati khalayak, siri jelajah akan diteruskan di Sabah, Sarawak, Terengganu dan Pahang,”

– Nizam Abdul Razak

Filem ini berjaya mendominasi 145 pawagam tempatan itu.

Filem arahan Nizam Abdul Razak itu mengisahkan perjuangan BoBoiBoy dan rakannya melawan kuasa kuno Reta’ka yang cuba menawan galaksi.

Terdahulu, BoBoiBoy The Movie mencatat kutipan keseluruhan RM16 juta ketika ditayangkan pada 2016.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem MY STUPID BOSS 2

Peraduan Premiere With Budiey Filem 47 METERS DOWN UNCAGED