in

Dalang Utama Perjudian dalam Talian, Alvin Goh & Addy Kanna Ditahan 2 Tahun Ikut POCA

Pendakwah terkenal Ebit Lew tampil memberi sumbangan bagi membiayai kos pembedahan jantung penulis lirik 90-an dan pelakon, Bob Lokman.

Dalang utama kegiatan perjudian dalam talian, Alvin Goh dan Addy Kanna, bersama dua lagi anggota polis ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) selama dua tahun.

Alvin atau nama sebenarnya Goh Leong Yeong, akan ditahan di Penjara Simpang Renggam, Johor bersama seorang lagi anggota polis.

Addy Kanna pula ditahan di Penjara Pokok Sena, Kedah manakala seorang lagi anggota polis dari Kontinjen Selangor ditahan di Penjara Bentong, Pahang.

Semua hukuman tahanan selama dua tahun itu diputuskan Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ), Kementerian Dalam Negeri, Jumaat lalu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Terdahulu, Alvin dan Addy ditahan pada 2 dan 3 Oktober lalu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas didapati menjalankan aktiviti penipuan Macau Scam dan judi dalam talian yang mensasarkan mangsa di China dan bekerjasama dengan kartel penipuan di luar negara.

SPRM turut menahan dan soal siasat beberapa selebriti terkenal, pegawai dan anggota polis yang melindungi sindiket ini.

*Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cik B | 23

Lepas Berlakon, CIK B Mahu Jadi Penyanyi, Bakal Muncul Dengan Single Sendiri Pada 1 Disember

Tim Cook Apple | 24

Patutlah Apple Kaya, Kos Untuk Hasilkan iPhone 12 Pro Cuma Serendah RM1,652 Sahaja