in , ,

BLACKPINK Umum Lancar Single Terbaru 26 Jun Ini

Kumpulan Kpop wanita popular, Blackpink dikatakan bakal membuat kemunculan semula pada Jun 2020. Berita ini telah pun disahkan sendiri oleh YG Entertainment apabila mereka memuat naik poster yang tertera tarikh pelancaran single terbaru Blackpink pada 26 Jun 2020, jam 6 petang.

Berteka-teki mengenai lagu terbaru Blackpink, kebanyakan peminat mula membuat spekulasi mengenai video muzik tersebut termasuklah mentafsirkan poster yang dimuatnaik oleh kumpulan itu seperti paparan lantai putih dan biru, font yang berwarna merah serta pelbagai tafsiran lain yang menyatakan keterujaan mereka.

Selepas single duet bersama penyanyi antarabangsa popular Lady Gaga, Blackpink dikhabarkan akan muncul dengan single terbaru mereka sendiri tidak lama lagi.

Blackpink Umum Lancar Single Terbaru 26 Jun Ini!

Lagu Baru Bakal Dilancar 26 Jun

Pengumuman itu dibuat oleh Blackpink sendiri menerusi laman Istagram mereka sebentar tadi. Dalam posting tersebut, kumpulan penyanyi wanita popular Korea itu turut meletakkan tarikh serta waktu rasmi mengenai lagu baharu mereka yang akan diperdengarkan pada jam 6 petang 26 Jun ini waktu Korea.

Berteka-teki mengenai lagu terbaru Blackpink, kebanyakan peminat mula membuat spekulasi mengenai video muzik tersebut termasuklah mentafsirkan poster yang dimuatnaik oleh kumpulan itu seperti paparan lantai putih dan biru, font yang berwarna merah serta pelbagai tafsiran lain yang menyatakan keterujaan mereka.

Namun begitu, tidak ada banyak perkara yang dikongsi mengenai single ini tetapi ia sudah pun menarik perhatian Blinks dan rata-rata daripada mereka sudah tidak sabar untuk menunggu single terbaru Blackpink.

Sumber: Murai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Remy Ishak Kemurungan Gara-Gara PKP, Kini Rehat Di Kampung

Abadikan Kisah Seorang Ayah Dalam Drama Radio di Suria FM