in ,

Abadikan Kisah Seorang Ayah Dalam Drama Radio di Suria FM

Anda mempunyai kisah terbaik dan menyentuh hati tentang ayah anda? Atau mungkin sesiapa yang bergelar seorang ayah di hati anda? Atau anda pernah menyaksikan momen menyentuh hati yang tidak dapat dilupakan di antara anak dan ayah?

Kongsikan cerita paling menyentuh hati tersebut bersama Suria FM dan Suria FM akan abadikan kisah yang terpilih dalam drama pendek radio sempena Hari Bapa ini. Peraduan Kisah Ayah di Suria ini berlangsung daripada 6 Jun sehingga 12 Jun dimana pendengar boleh menghantar coretan kisah-kisah ayah atau momen mengenai seorang ayah kepada nombor WhatsApp Suria 012-5551053 berserta hashtag #KisahAyahDiSuria.

suria fm

Lima kisah terbaik yang dipilih ceritanya akan disiarkan sebagai drama pendek radio ketika segmen Team Pagi Suria sempena Hari Bapa bermula 15 Jun hingga 19 Jun ini.

“Kisah Ayah di Suria ini merupakan initiatif terbaru daripada Suria FM bagi meraikan Hari Bapa pada tahun ini. Namun kali ini, Suria menggunakan pendekatan yang berbeza iaitu melalui drama radio. Walaupun hanya menggunakan suara dalam menceritakan kisah-kisah tersebut, diharapkan pendengar Suria FM dapat turut menikmati dan menghayati setiap kisah yang diceritakan,”

– Pengurus Kanan Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin

Menurut DJ Lin juga, Suria FM akan memilih satu kisah terbaik dan kisah tersebut akan dilakon semula oleh penyampai-penyampai Suria dalam sebuah drama pendek yang akan dimuatnaik di saluran Youtube Suria TV dan Facebook Suria FM pada 21 Jun ini.

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman www.suria.my juga di laman sosial Facebook Suria FM & Twitter Suria Malaysia. Gunakan #KisahAyahDiSuria untuk sebarang interaksi di laman sosial.

suria fm

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BLACKPINK Umum Lancar Single Terbaru 26 Jun Ini

tony fernandes airasia-2020

AirAsia Lancar Pas Tanpa Had Baharu dengan Harga RM399