in

Biodata Profile Pelakon Teater Nyonya

JUHARA AYOB sebagai NYONYA
Melebarkan bakatnya dalam bidang ini sejak 10 tahun lalu dan semakin menyerlah sejak belajar di Akademi Seni Kebangsaan (ASK) dan kini sebagai tutor di institusi seni tersebut. Muncul dalam pelbagai genre teater seperti makyung, bangsawan dan teater moden. Antaranya ialah Anak Raja Gondang, Raja Laksamana Bentan, Lantai T.Pinkie, Muzikal Lantai T.Pinkie, Pelayaran Nur Atma, Anugerah, Dejavu, Sungai Mengalir Lesu, Tengku Anum, Dejavu dan banyak lagi. Selain itu, beliau juga terlibat dalam industri filem dan drama tv serta memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik bagi Kategori Drama pada Anugerah Skrin (TV3) dan Seri Angkasa (RTM).

MELISSA SAILA sebagai KEPONAKAN C
Penglibatan pertamanya bermula dengan teater karya dan arahan Siti Rohayah iaitu Mencari Juita pada 1997, kemudian diikuti dengan karya dan pengarah yang sama berjudul Akulah Perempuan Itu pada 1998. Tidak ketinggalan teater Dejavu, Anugerah, Si Pemakan Hati dan banyak lagi. Beliau juga sebenarnya terlibat secara lebih aktif dalam filem dan drama tv antaranya melalui drama Aleya Maisara, Mejar Tamrin dan Janji Semalam.

KHATIJAH TAN sebagai KEPONAKAN A
Bukan nama baru dalam bidang seni pentas teater, filem dan televisyen. Di pentas teater beliau pernah muncul dalam teater Sungai Mengalir Lesu, Pentas Opera, Imam, Bangsawan Siti Zubaidah, Rumah Kedai di Jalan Seladang, Alang Retak Seribu, Pi Mai Muzikal, dan banyak lagi. Di bidang perfileman pula pernah dianugerahkan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik di Seoul, Korea Selatan (2003) melalu filem Embun. Beliau beraksi cemerlang sebagai Nyai Sunarti dalam teater Muzikal Lantai T.Pinkie yang dipentaskan di Perak.

ZAIFRI HUSIN sebagai TUAN
Anak kelahiran Muar, Johor  ini memiliki Ijazah Sarjana Pengarahan Teater dari Middlesex Universiti, United Kingdom. Berpeluang mendalami teknik Mayerhold dan Biomekanik di Russian Federation Theatre Arts Academy of Moscow, Russia. Beliau pernah muncul dalam teater Assyura, Rubiah, Lantai T.Pinkie, Selendang Umi, Cucu, Malam Haram, Anugerah, Mencari Juita, Tiang Seri Tegak Berlima, Tun Mamat Puteri Gunung Ledang, Megat Terawis, Tengku Puteri Salasiah, Beg Sakti, Jambatan dan Nanamun Mantanani. Beliau juga adalah pengarah teater yang terkenal dengan teater kanak-kanak seperti Bawang Putih Bawang Merah, Taman Baginda, Belalang Kenit, Ali Baba dan Gamat.

TANIA ZAINAL sebagai KEPONAKAN B
Pelajar peringkat Ijazah Teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini pernah muncul dalam teater Nyonya yang diarahkan oleh Wisran Hadi dan Siti Rohayah Attan. Kemudian di bawah arahan Rosminah. Watak sebagai Nyonya telah dilakonkannya pertama kali di Kuala Lumpur pada Oktober 2004 dan di Negeri Sembilan pada Disember  2004. Kemudian menangani watak sebagai Keponakan ketika dipentaskan di Alor Setar, Kedah. Beliau juga muncul juga dalam Muzikal Lantai T.Pinkie (2006 – di Istana Budaya) karya Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said. Dan, pernah muncul dalam filem pendek berjudul Telefon (Who’s My Date). Aktif juga dalam beberapa drama tv antaranya drama bersiri Anak Pontianak.

YANI MAE  sebagai ISTERI
Anak  adalah pelakon kelahiran Bandung, Indonesia yang melibatkan diri dalam bidang seni secara aktif sejak tamat sekolah hingga kini. Sebagai pensyarah di Sekolah Tinggi Seni Indonesia Bandung, beliau mempunyai pelbagai peluang besar untuk menerokai dunia seni secara lebih konsisten. Justeru tidak hairalhal beliau banyak menjelajah ke seluruh dunia untuk mendalamai bidang ini termasuklah ke Jepun dan Malaysia. Beliau juga dikenali dalam bidang fotografi malah pernah mengadakan pameran soldi Kuala Lumpur pasa Julai 2002.

[tags]teater nyonya, sejarah baba nyonya, sejarah melaka, ketuanan, hikayat hang tuah, yanie mae, tania zainal, zaifri husin, khatijah tan, gambar juhara ayob, tips isteri, suami jalang, tips work out, gmail login, google adsense, flickr, photstream, logo create, imran ajmain, album, soldi, manjarum.com, edison pic hot[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini beliau aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gwyneth Paltrow’s Night to Benefit Raising Malawi

Sinopsis Filem Anak Lakonan Erra Fazira & Ida Nerina