in ,

Biodata Adlin Aman Ramli, Penerbit Bersekutu Filem Haru Biru

Adlin Aman Ramlie adalah seorang penggiat seni yang aktif di dalam pelbagai bidang seni; lakonan teater, tv dan filem, penulis skrip dan lirik, pengarah teater, penyampai program tv, pengkritik persembahan dan kini mula berjinak-jinak ke dalam dunia pengarahan dan penerbitan drama dan filem.

Beliau yang sudah mula menceburi industri seni di negara ini semenjak 1990 pernah berkhidmat sebagai Artis Budaya di Pentarama, Jabatan Penerangan Malaysia dari 1990-1994 sebelum melanjutkan pengajian diploma di Jabatan Teater, Akademi Seni Kebangsaan, Malaysia.

Semenjak tahun 1996, beliau secara professional telah melibatkan dirinya dalam pelbagai produksi teater, drama dan filem selain bekerja dengan ramai tokoh-tokoh seni dalam bidang masing-masing.

Meskipun pada awalnya beliau lebih cenderung kepada lakonan teater, nama kini nama beliau sedang terus berkembang sebagai personaliti yang aktif memainkan pelbagai peranan di dalam pelbagai cabang kesenian yang telah menjadi darah daging beliau. Kini menjadi pengacara program temubual santai hiburan di Jangan Tidur Lagi bersama Azwan Ali di TV3.

LAKONAN TEATER

  1. Uda dan Dara (muzikal oleh Usman Awang) / Pelakon Pembantu
    Arahan Ahmad Yatim / Panggung Budaya
  2. Itik Liar (terjemahan ‘Wild Duck’ oleh Hendrik Ibsen) / Pelakon Utama
    arahan Ahmad Tarmimi Siregar / Panggung Budaya
  3. Sang Oedipus (adaptasi ‘Oedipus Rex’ oleh ) / Pelakon Utama
    arahan Zahim AlBakri / Akademi Seni Kebangsaan
  4. Work – The Malaysia Ways (naskhah kolaborasi) / Pelakon Utama
    arahan Krishen Jit / Five Arts Centre
  5. Bakai (adaptasi ‘Bacche’ oleh Euripides ) / Pelakon Utama
    arahan UWei HjSaari / Dewan Bandaraya KL
  6. Storyteller (muzikal oleh Jit Murad) / Pelakon Pembantu
    arahan Krishen Jit, Joe Hasham / Actors Studio
  7. Uda dan Dara (opera oleh Usman Awang) / Pelakon Pembantu
    arahan Krishen Jit, Joe Hasham / Actors Studio
  8. Manchester United & The Malay Warrior (oleh Romy) /Pelakon Utama
    Arahan Krishen Jit / Five Arts Centre
  9. Alang Rentak Seribu (karya Syed Alwi) / Pelakon Utama
    arahan Ahmad Yatim / Istana Budaya
  10. Puteri Gunung Ledang (muzikal oleh Adlin, Teong Hin, Zahim) / Pelakon Pembantu
    Arahan Adlin Aman Ramlie, Zahim AlBakri / Enfiniti Production

PENULISAN & PENGARAHAN TEATER

  1. TEATER Taman Baginda (muzikal kanak-kanak)
    Penulis, Pengarah / KKKP Malaysia
  2. SAMBUTAN PERAYAAN HARI KEMERDEKAAN ‘97
    Penulis, Pengarah Persembahan / KKKPM & Tourism Malaysia
  3. SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU ‘98
    Penulis, Pengarah Persembahan / KKKPM & Tourism Malaysia
  4. TEATER The Importance Of Being Earnest (oleh Oscar Wilde)
    Pengarah / Actors Studio
  5. MUZIKAL Puteri Gunung Ledang (muzikal)
    Penulis Skrip Bersama, Penulis Lirik, Pengarah Bersama

LAKONAN FILEM

  1. Jogho (oleh Uwei HjSaari) / Pelakon Pembantu
    Arahan Uwei HjSaari / Satu Gitu
  2. Paloh (oleh AlJafri) / Pelakon Pembantu
    Arahan Adman Salleh / FINAS
  3. Gangster (oleh Bade Hj Azmi) / Pelakon Pembantu
    Arahan Bade Hj Azmi / Tayangan Unggul
  4. Buai Laju-Laju (oleh UWei HjSaari) Pelakon Pembantu
    Arahan Uwei HjSaari / Gambar Tanah Licin
  5. Puteri Gunung Ledang (oleh TeongHin, Mamat Khalid) / Pelakon Pembantu
    Arahan Saw Teong Hin / Enfiniti Production
  6. \Bilut (oleh Bade Hj Azmi) / Pelakon Pembantu
    Arahan Bade Hj Azmi
  7. Buli Balik (oleh Afdlin Shauki) / Pelakon Pembantu
    Arahan Afdlin Shauki / Tayangan Unggul
  8. Gubra (oleh Yasmin Ahmad) / Pelakon Utama
    Arahan Yasmin Ahmad / Chillie Pepper Production
  9. Tipah Tertipu (oleh Mamat Khalid) / Pelakon Pembantu
    Arahan Ahmad Idham / Excellent Pictures
  10. Susuk (oleh Naim Ghalili, Amir Mohd) / Pelakon Pembantu
    Arahan Naim Ghalili, Amir Mohd / Grand Brilliance
  11. Los dan Faun (oleh Afdlin Shauki) / Pelakon Utama
    Arahan Afdlin Shauki / Vision Work Production

KOMERSIL TV / IKLAN

  1. IKLAN BUDI BAHASA (FILEM) / Lelaki LRT – arahan Yasmin Ahmad / KEKKWA
  2. IKLAN PENJIMATAN AIR (VIDEO) / Pegawai Penguatkuasa Bekalan Air
  3. IKLAN BUDI BAHASA (POSTER/BANNER)
  4. Lelaki Senyum Mesra, KEKKWA
  5. PENAMPILAN TV
  6. RAHSIA (Drama Episod) arahan Adman Salleh / TV3
  7. 15 PUASA (Telemovie) arahan mamat Khalid / NTV7
  8. WAKENABEB (TV Programme) arahan NTV7 / NTV7
  9. AKADEMI FANTASI 3 / Pengkritik Undangan
  10. AKADEMI FANTASI 4 / Pengkritik Tetap

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Misteri di Sebalik Erra Fazira Tidak Hadir Di Konsert Suria FM

Sinopsis Filem IMPAK MAKSIMA Arahan Ahmad Idham