in ,

Bil U Mobile Kini Boleh Dibayar di Pos Malaysia

Khidmat Pembayaran Bil U Mobile Kini Terdapat di Pos Malaysia

U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) dan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) hari ini mengumumkan kerjasama yang membolehkan pelanggan U Mobile membuat bayaran bil menerusi rangkaian luas Pos Malaysia.

Kerjasama ini dengan serta merta akan meningkatkan bilangan saluran pembayaran bil bagi pelanggan-pelanggan U Mobile: melalui kaunter di 700 cawangan Pos Malaysia di seluruh negara, kiosk pembayaran automatik baru di cawangan yang terpilih, atau melalui laman web Pos Malaysia, Pos Online.

UMobile

Pengumuman kerjasama ini dirasmikan oleh Dr Kaizad Heerjee, Ketua Pegawai Eksekutif, U Mobile dan Dato’ Syed Faisal Albar, Ketua Pegawai Eksekutif, Pos Malaysia.
Pakatan ini merupakan strategi terbaru U Mobile dalam memberikan pengalaman pelanggan yang lebih baik selepas membuat pelaburan yang kukuh dalam meningkatkan infrastruktur jaringan awal tahun ini untuk menjangkau kelajuan 42 Mbps dan seterusnya 100 Mbps jaringan tanpa wayar di beberapa bandar di Malaysia.

Di perasmian tersebut, Dr Kaizad berkata “U Mobile amat komited dalam memastikan pelanggan kami menerima produk dan servis yang terbaik, serta keutamaan dalam hubungan pelanggan dengan U Mobile. Kerjasama dengan Pos Malaysia ini akan merealisasikan kemudahan serta pencapaian ke saluran pembayaran.

“Rangkaian luas Pos Malaysia sangat ideal dalam melengkapkan kerjasama dengan U Mobile. Cawangan Pos Malaysia boleh didapati di setiap ceruk bandar dan desa di Malaysia, membolehkan pelanggan membayar bil pada waktunya tanpa sebarang masalah,” Dr. Kaizad berkata.

Bercakap mengenai strategi syarikat, Dr Kaizad menambah bahawa matlamat utama adalah membina infrastruktur untuk memberikan perkhimatan 3G ke pelanggan U Mobile yang sedang meningkat naik.

“Sebagai penyedia khidmat mudah alih 3G yang terbaru di Malaysia, kami harus inovatif dan berkeusahawanan untuk berdaya saing dengan penyelia yang lain. U Mobile sentiasa mencari cara terbaik untuk mendekati pelanggan dan memahami kehendak mereka.”

Sehingga kini, kami telah melabur dalam pembangunan infrastruktur untuk memberikan perkhidmatan 3G yang berkualiti. Kami kini mempunyai 1,400 rangkaian jualan bagi pakej pra bayar melalui kedai-kedai 7-Eleven serta Singer di seluruh negara. Hari ni pula, kami mengumumkan rangkaian pembayaran bil bagi pelanggan pasca bayar melalui rangkaian luas Pos Malaysia.

“Memandangkan Pos Malaysia mempunyai rangkaian yang luas, bukan sahaja di semenanjung Malaysia, tetapi juga di Sabah dan Sarawak, pelanggan-pelanggan pasca bayar U Mobile, tidak perlu mencari jauh untuk mendapatkan produk serta servis dari pemberi khidmat mudah alih yang memberikan pulangan terbaik di Malaysia,” tambah Dr Kaizad.

Dato’ Syed Faisal bersama-sama Dr Kaizad telah mengenakan cop “PAID” secara simbolik di latar belakang arca bil U Mobile.

“Kami mempunyai 702 cawangan di seluruh negara, di mana 182 terletak di kawasan utara, 162 di kawasan tengah, 109 di Sabah dan Sarawak serta lain-lainnya di kawasan selatan dan pantai timur.

Pos Malaysia akan meneruskan pelaburan teknologi untuk memberikan kemudahan kepada pelanggan-pelanggan membuat bayaran melalui mesin pembayaran automatik baru kami yang kini sudah pun berada di beberapa lokasi di Kuala Lumpur serta Kuantan.

“Mesin-mesin automatik ini serta laman web kami yang beroperasi 24/7 akan terus-menerus memberikan kesenangan kepada semua dalam menyelesaikan bil masing-masing,” menurut Dato’ Syed Faisal.

Pelanggan-pelanggan pasca bayar U Mobile boleh membuat bayaran melalui Pos Malaysia dengan serta-merta. Transaksi adalah secara tunai. Bayaran di mesin bayaran automatik, mestilah bernilai minima RM10.00

Dr Kaizad berkata, pelanggan-pelanggan U Mobile akan dapat melihat lebih banyak perkembangan dalam inovasi produk serta servis dalam beberapa bulan akan datang serta kerjasama antara syarikat-syarikat dan jenama-jenama yang sama-sama berhasrat untuk menghasilkan pengalaman pelanggan yang terbaik.

UMobile

About Pos Malaysia Berhad
Pos Malaysia Berhad is Malaysia’s premier physical communications provider. Its vast experience as well as the extensive network spanning across the country forms a solid backbone to support Pos Malaysia’s expansion and development strategy.

Pos Malaysia has a widespread network of over 700 post offices all over the country in addition to our network of mini post offices, mobile post offices, postal agents and stamp agents, making it one of the most extensive retail network in Malaysia.

Pos Malaysia’s Strategic Business Units, aimed to provide quality, reliable, timely and innovative solutions to our customers, and encompasses the following:
• PosMel : Mail and postal services
• PosLaju : Courier and express mail services
• PosNiaga: Retail business services

Throughout the years, Pos Malaysia has grown from strength to strength and is progressing from being a mail and postal services provider towards becoming a dynamic physical communications provider. Moving forward, Pos Malaysia will continue to transform and innovate itself in order to maintain its relevance and competitive edge as well as continue to connect Malaysians with the rest of the world. For further information about Pos Malaysia, please visit our website at www.pos.com.my.

About U Mobile
Launched on 18 September 2007, U Mobile Sdn Bhd is a 3G mobile service operator, providing voice and data services with more than 1,000 mobile base – stations installed covering Klang Valley, Seremban, Ipoh, Penang and Johor Bahru. U Mobile entered the market with the objective to provide relevant mobile services to targeted customers in both the consumer and enterprise segments. The majority shareholder of U Mobile is U Telemedia Sdn Bhd.

In March 2010, Singapore Technologies Telemedia (ST Telemedia), a leading information-communications company with operations globally concluded the deal with U Television Sdn Bhd (UTV), the major shareholder of U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) at that time for the acquisition of a 33% stake in U Mobile. Its partnership with ST Telemedia indirectly allows U Mobile to tap into their expertise, fully utilizing its 3G experience which will present an edge in a market that is growing increasingly competitive.

U Mobile was the first telecommunication company to deploy the fastest internet connection in Malaysia following the call of the Ministry of Information, Communications and Culture of Malaysia to support the Government’s national agenda of providing constantly-improving broadband access to the diverse communities of Malaysia, when it launched the 42 mbps Broadband network utilizing its Dual-Cell HSPA+ (High-Speed Packet Access) connections in October 2010.
In the beginning of 2011, U Mobile underwent a “Simply Different” brand refresh exercise with an aim to make a difference in today’s telecommunication industry by offering fast, flexible, affordable and more focused communication plans to consumers and enterprise customers. For more information, please visit u.com.my.

UMobile

UMobile

UMobile

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Rekaan Baju Raya Kasyaf Classic Hatta Dolmat

A Culinary Collaboration Airasia X & Chef Shingun