in ,

Konsert BIG STAGE Minggu Ke-5 Bertemakan Cover Hot List Digital

Konsert Big Stage yang bertemakan ‘Cover Tapi Bukan Aku’ pada minggu lepas menyaksikan penyingkiran seorang lagi peserta favourite, Sissy Iman, 22, setelah menerima undian terendah yang dihantar menerusi Aplikasi Tik Tok.

Pemuzik dan komposer muda ini telah membawakan lagu bergenre dangdut berjudul ‘Senggol Senggolan, Cubit Cubitan’ yang dipopularkan oleh salah seorang juri jemputan iaitu Mas Idayu.

Big Stage

Percaturan Sissy Iman untuk membawakan lagu tersebut dalam lenggok asal tanpa menukarnya mengikut gaya persembahan yang sering beliau bawakan selama ini ternyata gagal memikat hati barisan juri sekaligus menerima undian terendah daripada peminat.

Keputusan ini mencetuskan kontroversi dan kekeliruan apabila Faizal Tahir sebagai salah seorang juri tetap memutuskan untuk menggunakan kuasa imuniti bagi menyelamatkan seorang lagi peserta yang mendapat kedudukan tiga terendah iaitu Ariff Bahran.

Pada mulanya, ramai yang beranggapan bahawa Faizal akan menyelamatkan Sissy Iman kerana penyanyi itu dilihat berpotensi untuk melangkah lebih jauh dan juga disebut-sebut sebagai bakal juara. Namun sangkaan orang ramai ternyata meleset apabila beliau memilih untuk menyelamatkan Ariff Bahran berbanding Sissy Iman.

Untuk konsert pusingan kelima pula, para peserta diberi cabaran untuk menyampaikan lagu-lagu popular yang sering menjadi pilihan peminat menerusi platform digital yang bertemakan ‘Cover Hot List Digital’. Bagaimana pula bentuk persembahan mereka pada minggu ini? Adakah mereka mampu menyahut cabaran yang diberi? Sama-sama kita saksikan kelak.

Siaran Langsung Konsert Big Stage (Minggu Kelima) pada 2 September 2018 (Ahad), jam 9.00 malam di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Big Stage

Big Stage

Big Stage

Big Stage

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mira Filzah Jadi Model Di Pentas Fesyen New York

Sinopsis Filem SEBELUM IBLIS MENJEMPUT