in ,

Sinopsis Filem SEBELUM IBLIS MENJEMPUT

SEBELUM IBLIS MENJEMPUT menceritakan seorang gadis, ALFIE (lakonan Chelsea Islan) yang mempunyai kisah silam yang tragis. Ayahnya, LESMANA (Ray Sahetapy) meninggalkan Alfie selepas ibunya, INTAN meninggal dunia secara misteri. Lesmana berkahwin dengan seorang wanita muda, LASKMI (Karina Suwandi) yang mempunyai dua orang anak hasil dari perkahwinan sebelum ini, MIRA (Pevita Pearce) dan RUBEN (Samo Rafael).

SEBELUM IBLIS MENJEMPUT

Setelah sekian lama hidup bersendirian, Alfie menerima berita bahawa Lesmana sedang tenat di hospital daripada penyakit misteri. Situasi menyeramkan yang dialami Alfie sewaktu di hospital menyebabkan Alfie ingin ke villa lama keluarga mereka di sebuah pergunungan untuk mencari jawapan.

Laksmi dan anak-anaknya muncul di saat Alfie sedang meneliti barang-barang lamanya di tingkat atas. Sikap dingin Alfie menyebabkan berlakunya pertengkaran kecil di antara Alfie dengan Laksmi dan Maya. Laksmi meneruskan niatnya untuk mencari jika ada barang berharga di dalam villa itu. Sementara Laksmi sedang sibuk menggeledah hampir setiap sudut villa, Alfie dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan mengancam mereka di situ.

Tanpa sedar, kewujudan mereka di villa itu telah membangkitkan sesuatu yang menakutkan apabila mereka membuka pintu yang telah dikunci untuk sekian lamanya. Satu demi satu kejadian ngeri berlaku sehingga Alfie sedar bahawa Lesmana telah membuat perjanjian dengan iblis tanpa mempedulikan darah dagingnya sendiri sebagai pertukaran hanya untuk kekayaan dan kejayaan.

Maklumat Produksi

Judul Filem : Sebelum Iblis Menjemput
Genre : Seram
Produksi : Sky Media dengan kerjasama Legacy Pictures dan Ideate Media
Penerbit : Sukhdev Singh dan Wicky V. Olindo
Pengarah : Timo Tjahjanto
Penerbit Bersama : Abimana Aryasatya
Penerbit Eksekutif : Robert Ronny dan Zainir Aminullah
Penerbit Bersekutu : Daiwanne P. Ralie
Penerbit Penyelaras : Chali Sakyan
Pengarah Fotografi : Batara Gumpar
Penyunting : Teguh Raharjo
Kesan Khas Visual : Kantor Post dan Anibrain Digital
Pelakon Utama : Chelsea Islan dan Pevita Pearce
Pelakon Pembantu : Samo Rafael, Karina Suwandi, Ray Sahetapi, Hadijah Shahab
dan Ruth Marini
Lokasi Penggambaran : Jakarta dan Puncak, Bogor
Tarikh Penggambaran : Pertengahan Mac hingga April 2018
Durasi Penggambaran : 30 hari

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert BIG STAGE Minggu Ke-5 Bertemakan Cover Hot List Digital

Filem SEBELUM IBLIS MENJEMPUT Bakal Menghantui Pawagam 20 September Ini