in ,

BIG Loyalty Umum Penjenamaan Semula Pemberian 100% BIG Poin Bonus

BIG Loyalty umum penjenamaan semula dan rai 10 tahun dengan pemberian 100% BIG Poin Bonus

BIGLIFE, syarikat yang diiktiraf dalam pasaran platform pemasaran kesetiaan yang mengendalikan program kesetiaan BIG Loyalty yang memenangi anugerah, hari ini mengumumkan perubahan nama jenamanya daripada ‘AirAsia BIG Loyalty’ kepada ‘BIG Loyalty’ bagi mengukuhkan bahawa penerbangan bukan satu-satunya produk yang ditawarkan oleh syarikat tersebut.

Bermula sebagai program kesetiaan syarikat penerbangan untuk AirAsia pada tahun 2010, BIG Loyalty kini telah berkembang menjadi platform ganjaran gaya hidup komprehensif yang menawarkan lebih daripada sekadar penerbangan, mempersembahkan cara baharu yang holistik dalam memberikan ganjaran kepada Ahli BIG dalam kehidupan seharian mereka dengan lebih daripada 300 rakan kongsi dalam kategori gaya hidup, pelancongan, dan perkhidmatan kewangan. BIG Loyalty adalah platform mata ‘lingkar terbuka’ (open loop) terbesar di Asean dan di luar rantau ini, membolehkan aktiviti memperoleh dan menebus BIG Poin tanpa sempadan. BIG Poin juga telah berkembang daripada hanya mata kesetiaan biasa kepada mata wang digital.

BIG Loyalty Umum Penjenamaan Semula  Pemberian 100% BIG Poin Bonus

Spencer Lee, Ketua Pegawai Eksekutif BIGLIFE Sdn Bhd berkata, “Jenama baru ini mencerminkan misi kami untuk mendemokrasikan mata kesetiaan dengan membolehkan BIG Poin mudah diakses oleh pengguna dari segi perolehan dan penebusan. Ia juga menandakan fasa seterusnya dalam pertumbuhan kami dan peluang baharu untuk berkembang bersama rakan perniagaan kami.”

Pada bulan Ogos yang lalu, BIG Loyalty memperluaskan platform penukaran mata ’BIG Xchange‘ yang tersedia di aplikasi BIG Loyalty ke airasia.com dan aplikasi AirAsia, membolehkan lebih ramai pengguna mendapatkan BIG Poin lebih pantas dan serta-merta dengan menukar mata bank dan mata kesetiaan lain mereka ke BIG Poin, atau sebaliknya, pada satu platform. Pada bulan April, BIG Loyalty juga telah melancarkan ‘BIG Deals’ yang menawarkan fleksibiliti kepada Ahli BIG dalam menggunakan BIG Poin mereka untuk menebus pelbagai baucar gaya hidup seperti makanan dan minuman, membeli-belah, perkhidmatan, hiburan dan banyak lagi, secara langsung dari aplikasi BIG Loyalty.

Di bawah nama jenama baru, BIG Loyalty akan terus memperkuatkan ekosistem airasia.com dengan BIG Poin sebagai mata wang digital, sambil mempelbagaikan penawaran produknya dan memperluaskan ekosistem perolehan dan penebusan untuk meningkatkan  kesetiaan terhadap produk dan pertumbuhan ahli. Ini juga akan membolehkan  BIG Loyalty  memperkasakan rakan kongsi dengan data yang diperkaya untuk mengoptimumkan kempen dan menjangkau pelanggan yang lebih relevan. 

Untuk meraikan penjenamaan semula dan ulang tahun yang ke-10, BIG Loyalty akan menawarkan 100% BIG Poin Bonus*  kepada  Ahli BIG apabila mereka berbelanja dengan rakan niaga BIG yang mengambil bahagian, menukar mata bank dan mata kesetiaan lain ke BIG Poin, atau memohon dan berbelanja dengan Kad Kredit AirAsia, sepanjang bulan September.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram untuk maklumat terkini dan tawaran BIG Poin. Muat turun aplikasi BIG Loyalty, daftar sebagai Ahli BIG dan mulailah kehidupan BIG anda! #EarnBIGLiveBIG #10YearsBIG

*Tertakluk pada terma & syarat

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Faizal Tahir Lancar Single Berjudul NOBODY Mesej Buat Diri Sendiri

What Were Malaysians Searching for in August 2020?