Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in ,

Beza Usia 18 Tahun, Siti Nurhaliza Dipuji Nampak Sebaya Dengan Pengasuh Siti Aafiyah

Umum mengetahui penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mempunyai seorang pengasuh untuk menjaga makan dan minum anaknya Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.

Baru-baru ini pengasuh berkenaan, Dayah Zubit memuat naik sebuah posting di Instagram memaparkan aksinya membuat TikTok bersama penyanyi itu yang lebih mesra dipanggil TokTi itu.

Mudanya! Macam Sebaya Dah

Menerusi posting tersebut, Dayah tidak menafikan penyanyi lagu Siapa Tak Mahu itu kelihatan sebaya dengan usianya walaupun berbeza 18 tahun.

“Nampak sebaya kan walaupun beza 18 tahun?? Nak tahu tak apa rahsia @ctdk untuk kekal awet muda macam ni? Nantikan..” kata gadis berusia 24 tahun itu.

Video berdurasi 13 saat itu sudah semestinya mendapat pelbagai reaksi warganet yang memuji kecantikan Tokti selain turut mengakui beliau kelihatan seperti anak dara yang sebaya dengan pengasuhnya.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version