Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in

Betul Ke Ramai Suka Lagu K-Pop Pertama Ajieb Rosdi

Selepas 4 bulan menjalani latihan di M-Net Academy, Seoul Korea Selatan, akhirnya, Ajieb Rosdi sudah pun mempunyai single K-Pop pertama yang masih lagi belum mempunyai judul. Lebih istimewa lagi, Ajieb yang kini sedang menanti masa untuk melancarkan lagu tersebut di Korea Selatan diberi kebenaran oleh pihak pengurusannya iaitu Blessync Media untuk melancarkan lagu berkenaan lebih awal di Malaysia selain pulang menyambut Aidilfitri.

Penghargaan ini dibuat berikutan Ajieb adalah anak Malaysia yang pertama telah merakamkan album penuh di Korea Selatan serta menandatangani kontrak sebagai artis K-Pop dengan pihak pengurusan dari Korea Selatan.

Tambah menarik lagi, beberapa peminat bertuah telah pun mendengar lagu yang dicipta oleh David Blake dan Andi pada majlis sesi pra-dengar yang diadakan di IOI Mall, Puchong.

“Syukur Alhamdulillah, kesemua tetamu yang hadir pada malam ini suka dengan lagu single saya ini. Setakat ini, lagu saya masih belum mempunyai tajuk. Ini kerana, selain memberi penghormatan kepada peminat Malaysia untuk menjadi yang pertama mendengarnya, pihak pengurusan saya mahu peminat dari Malaysia memberikan tajuk untuk lagu ini.

“Satu pertandingan menamakan tajuk lagu ini akan dijalankan di laman rasmi saya iaitu www.astrogempak.com.my/yohaengajieb bermula 9 September sehingga 22 September. Di sini, pihak pengurusan telah menyediakan enam tajuk untuk lagu ini,” ujar Ajieb.

Apa yang pasti, lagu ini bakal mula diedarkan oleh Warner Music Malaysia awal September ini. Peminat yang hadir bukan saja dapat mendengar lagu tersebut tetapi turut menerima hadiah daripada Korea Selatan.

Selain meraikan kepulangan Ajieb buat seketika, majlis pada malam itu turut melancarkan kelab peminat Ajieb secara rasminya iaitu BFA (Best Friend Ajieb). JIka anda ingin mendekati Ajieb, sila ke fanpage Ajieb di Facebook beralamat BFA ( Best Friend Ajieb ) atau ikuti twitternya di @AjiebRosdi.

Berikut adalah komen beberapa tetamu yang mendengar lagu K-Pop Ajieb yang pertama.

Muzzy, (Penyanyi dan komposer)
“Ajieb sekarang adalah artis International. Dengan lagu single Ajieb yang pertama ini, Muzzy pasti Ajieb dapat pergi dengan lebih jauh lagi. Apatah lagi, Ajieb seorang selebriti yang mempunyai ilmu dan pakej cukup yang diperolehi beliau sepanjang empat bulan belajar di Korea.”

Ranizah (penulis lirik)
“Ajieb boleh dijadikan inspirasi untuk anak-anak seni tanahair kerana usaha, displin dan bakat beliau boleh diterima pakai internationally. Lagu ini pun sedap dan standard international.”

Syawal (Chef)
“Selepas mendengar lagu tersebut, apa yang boleh saya katakan adalah Ajieb seorang yang profesional.”

Rin (peminat)
“Saya suka music oppa tu. Ada classic dan moden. Ianya klasik sebab ada sound macam tap dance dan rock cikit. Ia sesuai dengan sesiapa pun yang mendengarnya.”.

Aesar Mustafa (penyanyi dan komposer)
“Wow..seolah tidak percaya kerana nyanyian ajieb bunyinya seperti orang korea betul..wah..ini bermakna ajieb telah berjaya mengenal dan menguasai sebutan korea dengan baik..dari gaya nyanyiannya menggambarkan ajieb sangat bersemangat memikul cabaran..Dari segi lagunya pula. .sangat catchy dan luarbiasa gaya arrangementnya…terdapat sentuhan broadway yang ada class..so saya disini hanya mampu mengatakan lagu itu bertaraf Gred A…Tahniah Ajieb..tak sabar nak tgk videoklipnya pula…

Kumpulan D’Mozza (artis indonesia)
Kali pertama mendengar lagu ajieb kami sebagai artis dari Indonesia turut merasa gegaran hebat dan dasyat dari cara nyanyian dan melodinya bagus sekali..Alunan muzik melambangkan mood yang cukup gembira dan mempunyai taraf profesional dan boleh dibanggakan…sudah pasti nanti videoklipnya juga hebat..itu yang kami harapkan..so diharap ajieb terus berjaya dan sukses dalam apa perjuangan seninya di Korea mahupun Malaysia…so pasti yang terhebat dari Ajieb..itu doa dari kami D’Mozza..

Apies (peminat)
“Lagu Ini sangat sedap. Memang sesuai untuk dijadikan lagu tema untuk sebuah drama KOrea. Suara Ajieb pun dinamik. Susunan muzik dan instrument live dalam lagu Ajieb memang tahap antarabangsa. Saya yakin, lagu ini bukan saja digemari peminat K-Pop tetapi turut digemari peminat muzik yang lain.”

Phatin (peminat)
“Kali pertama mendengarnya, saya ingat artis Korea mana yang menyanyikan, Kalau tidak diberitahu ia dinyanyikan oleh AJieb, sumpah saya ingat artis K-Pop yang nyanyikannya. Lagu ini sedap dan muziknya tahap antarabangsa.”

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version