in , ,

Betul Ke Lisa Surihani Hamil Anak Kembar?

Gossip yang ditulis oleh Miss J dari Utusan Malaysia mengatakan Lisa Surihani sedang hamil anak kembar. Haa, betul ke tidoook? Kalau betul, maka bertuahlah Lisa sebab dapat dua anak sekaligus. Mesti comel dan cute macam Lisa gak kan?

Semalam, Budiey sempat bertemu dengan Lisa Surihani di Party Oscars yang dianjurkan oleh HBO Asia yang diadakan di Hotel Shangri La Kuala Lumpur.

Lisa Surihani

Ketika orang sedang sibuk berteka-teki tentang usia kandungan Lisa Surihani, Miss J pula mendapat khabar berita yang pelakon itu sedang mengandungkan anak kembar.

Wah… Tahniahlah kalau betul yang dikhabarkan itu. Miss J tumpang gembira dengan Lisa dan Yusry. Malah Miss J sokong tindakan pasangan ini untuk berahsia tentang kehamilan itu.

Iyalah…. Ikut petua orang tua bukankah banyak faedahnya. Lagipun kandungan pun masih baharu, tentu mereka lebih berhati-hati untuk memperkatakannya. Miss J faham benar mengenai hal itu.

Tapi dalam seronok menerima khabar kehamilan kembar itu, Miss terkejut juga mendengar kononnya pasangan selebriti ini menggunakan kaedah tabung uji (IVF) dalam usaha untuk mendapatkan anak.

Hish! Tak baik buat tuduhan begitu malah agak keterlaluan di kala pasangan ini sedang bahagia menghitung hari menunggu kelahiran anak sulung mereka. Kembar pula.
Lagipun tak salah kalau mereka berdua berusaha untuk mendapatkan anak walaupun dengan menggunakan kaedah tersebut. Perkara itu tidak bercanggah pun dengan agama Islam dan sistem perundangan negara.

Dan Lisa dan Yusry pun tak perlulah nak melayan sangat kata-kata orang itu. Yang penting, jaga kesihatan kandungan.

Apa yang penting, Lisa Surihani dapat melahirkan baby dengan lancar nanti. Doakan yang terbaik untuk Lisa dan Yusry okay?

What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Dato’ Siti Nurhaliza Terkejut Dilapor Wanita Ke-3 Terkaya di Malaysia

Azmil & Dayang Nurfaizah Juara Mentor Legend