in , ,

Betul Ke Konsert Metallica Live In Malaysia Bernilai RM40Juta?

Kelmarin, Budiey ada menyiarkan tentang pengumuman band heavy metal bertaraf lagenda iaitu Metallica akan menggegarkan Kuala Lumpur menerusi konsert pertama pada 21 Ogos depan.

Pada hari ini, Budiey ada mendengar melalui satu sumber yang mendedahkan kejayaan Malaysia membawa masuk Metallica adalah hasil pelaburan sangat-sangat besar iaitu sebanyak RM10 juta! Wow! Banyak tu beb! Biar benar nih! Budiey macam tak percaya je. Ini dah kalahkan Psy je ni. Psy pun baru RM2juta je untuk dua lagu.

Metallica
Konsert Metallica Live in Malaysia akan diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 21 Ogos 2013, jam 8 malam

Menurut sumber itu lagi, rupanya ada individu yang sangat berpengaruh memainkan peranan penting dalam mendapatkan kelulusan permit untuk kumpulan rock itu ialah Menteri Kebudayaan dan Perlancongan, Datuk Seri Nazri Aziz. Menurut sumber yang diperolehi oleh Portal Red Carpet, Datuk Seri Nazri Aziz adalah seorang peminat tegar Metallica.

“Dia seorang peminat Metallica dan beliau menyokong penuh konsert itu.”

Malah anggota band Metallica sendiri terkejut bahawa mereka akan melepasi ‘kawalan ketat’ negara kita dan berjumpa dengan peminat-peminat mereka di sini. Bukan main susah untuk Metallica menyelinap masuk ke Malaysia, tapi kali ini segala rancangan mereka berjalan dengan lancar.

Konsert Metallica Live in Malaysia akan diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 21 Ogos 2013, jam 8 malam

Budiey pun masih ingat lagi, konsert Metallica hampir-hampir terlaksana di Malaysia tapi terpaksa dibatalkan di saat akhir gara-gara telah ada bantahan dari pihak pembangkang yang membantah habis-habisan!

“Malaysia! Kami akan melihat anda buat kali pertama pada 21 Ogos di Kuala Lumpur.”

Keseronokan mereka berterusan di laman rasmi dengan menyatakan:

“Kami telah berkata sebelum ini … dengan lebih daripada 30 tahun perjalanan di seluruh dunia di belakang kita, terdapat sesetengah tempat yang kita belum diterokai. Jadi ia agak menyeronokkan bagi kami untuk kembali dengan satu lagi pertama, berhenti di Kuala Lumpur, Malaysia.”.

Metallica Live di Malaysia 2013 dianjurkan oleh Kumpulan Galaxy  dengan kerjasama LAMC Productions dan Rockstar Touring – dengan sokongan dari Malaysia Major Event sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Mesti ramai pelancong dari luar akan datang ni.

Kali terakhir Metallica yang terkenal dengan album seperti Masters of Puppets, Kill’em All, Ride The Lightning dan And Justice For All itu datang ke Singapura untuk buat konsert ialah pada tahun 1993 di Stadium Tertutup Singapura.

Tiket berharga RM680, RM550, RM450, RM380, RM350 dan RM195 akan mula dijual mulai 6 Julai 2013 dan pelancaran penjualan tiket secara eksklusif akan diadakan pada 7 Julai ini di Fahrenheit 88 KL (concourse area, ground floor) dari jam 11.30 pagi ke atas.

Tiket juga akan mulai dijual di kaunter tiket Galaxy di Mid Valley, Sg Wang dan laman sesawang Ticket Charge : www.ticketcharge.com.my.

Untuk info lanjut, anda boleh juga melayari www.galaxy.com.my atau Galaxy Group facebook page.

Pengumuman mengenai tarikh konsert ini juga diumumkan menerusi laman web rasmi Metallica iaitu www.metallica.com baru-baru ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiz Zaqyah | 17

Gambar Tiz Zaqyah Berseronok Dengan Kekasih Di Pulau Perhentian

Raja Farah Mahu Ambil Anak Angkat