in

Betul Ke Kak Limah & Mr. K Berkahwin Atau Sekadar Gimik?

Untuk korang yang minat dan mengikuti filem Hantu Kak Limah, rasa tak asing dengan naskah trilogi Kampung Pisang iaitu Zombi Kampung Pisang (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Husin Mon Jit Pakai Toncit (2013). Menariknya, tercatat dalam sejarah, filem Hantu Kak Limah Balik Rumah pernah mencapai kejayaan kutipan besar apabila meraih kuti[an RM8 juta.

Poster HANTU KAK LIMAH

Terbaru, sempena dengan filem HANTU KAK LIMAH satu majlis pernikahan pelakon komedi Delimawati yang cukup popular menerusi karakter Hantu Kak Limah dengan jejaka pilihan hatinya, Khuda atau Mr. K. Wah, kecoh la sekejap di laman sosial sebab ramai tertanya-tanya, mereka ni bernikah betul-betul ke atau olok-olok? Haha, sebenarnya itu hanya gimik je lah.

Filem HANTU KAK LIMAH

Pasangan ini diraikan dalam sebuah majlis berkonsep tradisional negeri Perak dan penuh meriah yang diadakan di Art Hall, Pusat Perlancongan Malaysia (Matic), Kuala Lumpur pada hari ini.

Aturcara majlis disempurnakan dengan adat merenjis tepung tawar. Kemudian diteruskan dengan sesi memotong kek.

Sehari sebelum majlis persandingan ini telah berlangsungnya upacara berinai yang bertemakan ala Bollywood. Selepas itu, pasangan berkenaan diijabkabulkan.

TEMUBUAL BERSAMA KAK LIMAH & MR. KHUDA

Bagaimanapun, kesemua majlis tersebut sebenarnya adalah gimik pelancaran bagi filem terbaru arahan pengarah terkenal Mamat Khalid iaitu Hantu Kak Limah yang bakal ditayangkan pada 9 Ogos 2018.

Masih mengekalkan genre komedi seram ini, selain Delimawati, filem ini juga mengekalkan penampilan tunggak utama iaitu Datuk Awie sebagai Husin. Manakala barisan pelakon lain yang sama-sama membintangi naskah ini dibarisi Zul Ariffin, Ropie, Cecupak, Uqasha Senrose, Mus May, Allahyarham Rab Khalid, pekin Ibrahim, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz, Sabri Yunus dan ramai lagi. Istimewanya, turut ditampilkan cameo dari figura popular tanah air, Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.

SEKITAR PERSANDINGAN KAK LIMAH & MR. K

Sebelum ini, Mamat Khalid tidak asing lagi dengan naskah trilogi Kampung Pisang iaitu filem Zombie Kampung Pisang (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Husin Mon Jin Pakai Toncit (2013. Menariknya, filem Hantu Kak Limah Balik Rumah pernah mencatat kejayaan besar dengan kutipan RM8 juta.

Filem HANTU KAK LIMAH

Filem HANTU KAK LIMAH

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Di Sebalik Tabir Kerjaya Merbahaya Dan Berisiko Tinggi Dalam Program 3D

Ini Yang Menarik Tentang Filem HANTU KAK LIMAH