in , , ,

Betul Ke Fattah Amin Bakal Buat Umrah Bersama Fazura?

Rasanya ramai yang dah tahu, pelakon popular Fattah Amin bakal ke tanah suci Mekah pada 15 November untuk menunaikan ibadah umrah. Berita ini disahkan oleh Fattah sendiri semasa sesi sidang media di majlis sesi bertemu peminat di AJ De’Parfum yang berlangsung di Taman Subang Impian, Shah Alam pada 13 November. Namun, spekulasi dan teka-teki individu yang bakal bersama Fattah menunaikan umrah masih belum terjawab.

Semasa sidang media, Fattah mengakui beliau akan mengerjakan ibadah umrah bersama ibu dan ayahnya. Apabila ditanya samada Fazura akan turut sama ke Tanah Suci, Fattah menggesa supaya soalan itu diajukan sendiri kepada Fazura.

“Saya akan menunaikan umrah bersama keluarga tetapi tentang dakwaan saya pergi bersama Fazura lebih elok bertanyakan dia sendiri. Saya menyerahkan urusan umrah kepada pengurus untuk menguruskannya. Malah, disebabkan jadual saya terlalu padat semua persiapan untuk menunaikan ibadah itu saya serahkan kepada pengurus saya termasuk membeli barangan kelengkapan umrah.”

Membeli Belah Bersama Fattah Amin & Fazura di Primavalet

Enggan mengulas lanjut tentang gosip tersebut, Fattah memohon agar peminat mendoakan perkara yang baik-baik sahaja.

“Semoga terus doakan yang baik-baik. Kalau ada jodoh saya akan hebahkan kepada semua,” katanya ringkas.

Terdahulu, netizen mendakwa pasangan itu akan mengikat tali pertunangan pada Fattah dan Fazura akan mengikat tali pertunangan pada 13 November ini.

Namun, Fattah enggan mengesahkan soal umrah mahupun mengenai tarikh pertunangannya dengan Fazura.

“Saya minta semua pihak terus mendoakan yang baik-baik sahaja. Jika perkara itu terjadi (jodoh), saya tidak akan sorok daripada media dan peminat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Fattah menyambung kontraknya sebagai duta jenama wangian AJ de’Parfum untuk tahun kedua berturut-turut. Tahniah Fattah Amin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hero Oven Musim Kedua Tampil 12 Peserta Bersaing

Ini 12 buah Lagu Bertanding di Anugerah Juara Lagu 32