in ,

Ini 12 buah Lagu Bertanding di Anugerah Juara Lagu 32

Semalam, selesai sahaja Meet & Greet sesi bertemu peminat bersama Fattah Amin, Budiey terus pecut ke Shah Alam untuk buat liputan di Malam Kemuncak Semi Final Muzik Muzik 32 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Jam 9 malam, Budiey sempat buat Youtube Live untuk melihat persiapan peserta di belakang pentas. Korang boleh tonton video ni:

Sebanyak 12 karya hasil ciptaan komposer tempatan berjaya melayakkan diri ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang bakal diadakan pada awal tahun hadapan.

Senarai lagu yang berjaya ke ANUGERAH JUARA LAGU 32:-

Selepas bersaing selama tiga minggu di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM32) yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada 29 Oktober, 5 dan 12 November, 12 lagu telah diumumkan layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL 32). 12 lagu yang terpilih dinilai sepenuhnya oleh para juri professional yang diketuai oleh Dato Mokhzani Ismail, selaku ketua juri, AG Coco, Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY dan juga Pak Ngah. Keputusan telah diumumkan oleh hos SFMM 32 iaitu Sherry Al-Hadad dan Hefny Sahad malam tadi.

SENARAI 12 SENARAI LAGU YANG LAYAK KE AJL 32 ADALAH:

  KOMPOSER PENULIS LIRIK ARTIS LAGU
1.       Ajai Slen Salma AKHIRNYA CINTA
2.       Alam (Harry Khalifah) Patrick Anahoda Khai Bahar BAYANG
3.       Faizal Tahir & Mike Chan Faizal Tahir & Mike Chan Azmi & Caliph Busker (Penyanyi Asal Faizal Tahir) SEJATI
4.       Navigator Altimet Altimet AMBOI
5.       M.Nasir Ad Samad Hazama The Penglipur Lara AKU YANG SEBENAR
6.       Hang Nadim Laq Ara Johari WARKAH UNTUK MU
7.       Ajai Ajai Dayang Nurfaizah SEPARUH MATI KU BERCINTA
8.       Syamel Syamel Syamel & Ernie Zakri AKU CINTA
9.       Gouffran / Ibnu Gouffran / Ibnu Haqiem Rusli TERGANTUNG SEPI
10.     Hael Husaini, Ezra Kong Hael Husaini, Ezra Kong Hael Husaini JAMPI
11.     Ibnu & Gouffran Ibnu & Gouffran Wany Hasrita MENAHAN RINDU
12.     Syamel Syamel Syamel LEBIH SEMPURNA

 

Minggu terakhir SFMM32 malam tadi juga turut dihiburkan dengan persembahan oleh kumpulan 6ixth Sense (Tanpa & Khatimah Cinta), Bunkface dan Tam Spider (Relaku Pujuk, Situasi, Aladdin, Revolusi). SFMM32 turut boleh ditonton secara langsung di portal video tonton dan youtube @TV3Malaysia. SFMM32 disokong oleh Geng Radio iaitu Hot FM & Kool FM, Geng Media Harian Metro dan Berita Harian serta Geng Media Digital Ohbulan!.

Tahniah kepada para komposer, penulis lirik dan penyanyi 12 lagu yang telah terpilih, nantikan persembahan hebat mereka di pentas AJL 32 pada Februari tahun hadapan! #AJL32

Tahniah! Jumpa di AJL32!

Antaranya ialah lagu nyanyian Dayang Nurfaizah nukilan penuh Ajai iaitu Separuh Matiku Bercinta serta lagu ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan nyanyian Caliph Busker iaitu Sejati yang dipilih sebagai lagu terbaik minggu pertama dan kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-32.

Lagu lain yang turut mara ialah Warkah Untukmu (Ara Johari), Bayang (Khai Bahar), Tergantung Sepi (Haqiem Rusli), Menahan Rindu (Wany Hasrita) dan Lebih Sempurna (Syamel).

Sementara lima buah lagu lagi ialah Jampi (Hael Husaini), Akhirnya Cinta (Salma Asis), Aku Cinta (Syamel & Ernie Zakri), Aku Yang Sebenar (Hazama The Penglipur Lara) dan Amboi (Altimet).

Dijadualkan berlangsung pada Februari ini, AJL32 dijangka sengit dan meriah memandangkan sebahagian komposer serta penyanyi yang mara pernah mencipta kegemilangan sebelum ini di sampiang beberapa pendatang baharu yang mewarnai persada muzik tanah air. –

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Fattah Amin Bakal Buat Umrah Bersama Fazura?

AirAsia dan Spotify Lancar Kempen Dreams Come True with AirAsia