in , ,

Berlainan Agama Punca Dewi Sandra Nyaris Bunuh Diri Lepas Cerai Dengan Glenn Fredly

Penyanyi Dewi Sandra akhirnya berkongsi mengenai kegagalan rumah tangganya dengan mendiang Glenn Fredly yang meninggal dunia pada tahun lalu.

Penyanyi, Dewi Sandra, akhirnya membuka mulut mengenai kegagalan rumah tangganya dengan mendiang Glenn Fredly, yang meninggal dunia pada tahun lalu. Menerusi laporan Kumparan, Dewi memberitahu bahawa perceraian yang berlaku ternyata memberi impak yang sangat besar buat kehidupannya.

Menurut Dewi, dia dan mendiang Glenn telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2006 sebelum mengambil keputusan untuk bercerai pada tahun 2009. Tambahnya, dia mengaku telah gagal dalam kehidupan kerana perkahwinan bersama Glenn adalah kali kedua dalam hidupnya.

Berlainan Agama Punca Dewi Sandra Nyaris Bunuh Diri Lepas Cerai Dengan Glenn Fredly
Glenn Fredly & Dewi Sandra

Selepas bercerai saya rasa sangat tak berguna. Saya rasa telah gagal macam sangat epic failure. Maksudnya, kalau gagal sekali perkahwinan mungkin sebab tak ada pengalaman. Tapi kalau gagal kali kedua, saya fikir saat itu semua orang mengatakan pasti yang salah itu berpunca daripada saya.

– Dewi Sandra

Dewi turut memberitahu umum bahawa salah satu punca utama mereka bedua bercerai adalah kerana tidak mampu mencari jalan yang terbaik mengenai perbezaan agama yang dianuti mereka berdua.

Kami bernikah berlainan agama dan saya Muslim. Selain sukar mencari persefahaman, kami juga tidak bertemu titik yang satu dalam soal agama.

Jadi waktu itu saya memandu laju dan sengaja untuk kemalangan. Macam dalam filem. Masa memandu dengar lagu sedih sambil mulut saya kata aku mahu mati sahaja.

– Dewi Sandra

Oleh kerana kecewa dengan apa yang berlaku, Dewi nyaris membunuh diri. Dia sengaja memandu dalam keadaan laju agar terlibat dalam kemalangan yang boleh menyebabkannya maut. Jelas Dewi, dia bersyukur kerana Tuhan masih memberi kesempatan untuknya terus hidup. Kini, dia bahagia bersama suami iaitu Agus Rahman. Manakala, mendiang Glenn telah meninggalkan isteri dan seorang anak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Celcom Sediakan Hubungan Internet Percuma Untuk Pelajar Di PPR

Kembali Berkawan dengan Zarina, Netizen Harap Fathia Latiff Tak Buka Tudung Lagi