in

Berita Zed Zaidi Kemalangan Trending Topic di Twitter

Awal tengah malam tadi, menerusi perkhabaran oleh beberapa sumber menyampaikan yang pelakon Zed Zaidi terlibat dalam kemalangan yang agak dahsyat.

Dan kalau dilihatkan kepada sekeping foto yang tersebar luas laman Twitter ketika itu, memang nampak keadaan Zed Zaidi sangat parah dan menimbulkan kerisauan di hati peminat.

Gambar Zed Zaidi Kemalangan

Ini terbukti apabila hashtag #PrayForZedZaidi menjadi trending topic di Twitter dalam masa kurang sejam sebelum berita sebenar sampai ke pengetahuan umum.

Bagaimanapun beberapa pihak yang rapat dengan Zed Zaidi mengesahkan kemalangan yang didakwa terjadi itu hanyalah sebahagian daripada babak lakonan untuk sebuah drama.

Dengarnya, gambar ini disebarkan oleh pelawak Mamat Sepah di Twitter di mana menurut sumber, Mamat menerima gambar Zed Zaidi kemalangan ini menerusi seorang krew produksi.

Jadi, kepada peminat semua tiada apa yang perlu dirisaukan buat masa ini kerana apa yang terjadi kepada Zed Zaidi awal pagi tadi merupakan satu salah faham.

Saja bikin suspen je la diorang ni.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shah Rukh Khan Kagum Dengan Falsafah Tun Mahathir

Majlis Berbuka Puasa di Hotel Impiana KLCC