in

Halim Devotees Lancar Single Lagu Message Undelivered

HALIM, pemilik nama sebenar Abd Halim Bin Ahmad, 26 ini satu figura yang sinonim dengan industri nasyid Malaysia lantaran menganggotai kumpulan nasyid Devotees yang telah menghasilkan lebih 5 buah album sejak daripada tahun 2005.

Bangkit dengan semangat baru & tidak ingin dikenali kerana Devotees, Halim yang merupakan singer-songwriter ini tampil dengan jenama baru sebagai seorang penyanyi solo yang membawakan lagu-lagu bergenre pop & bermesej positif. Bukan tidak ingin dikenali sebagai penyanyi nasyid, tetapi skop nasyid itu sendiri telah menyempitkan ruang Halim untuk menyebarluaskan lagi karya-karya beliau kepada semua golongan.

Pernah tercalon sebagai Top 5 komposer & penulis lirik dalam kategori Lagu Nasyid Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) ke 18 menerusi lagu ciptaan beliau Hadirnya Cahaya, Halim bukan sekadar menghasilkan sendiri karya-karya seni beliau, tetapi juga merupakan penyusun muzik & penerbit album yang memiliki studio sendiri iaitu Neurotic Studio yang terletak di Prima Sri Gombak.

Sehingga kini telah lebih 40 karya Halim yang telah dimuatkan dalam beberapa album termasuklah album Devotees, album Nasyeed Underground, Nasyeed Semesta, Castury, R-If, Sofieya, dan banyak lagi.

Muzik Video Lagu Message Undelivered

BERGERAK SOLO
Bergerak solo bukan bererti keluar dari kumpulan. Ini kerana Halim lebih senang membawakan lagu-lagu hasil ciptaan beliau sendiri apabila menerima undangan persembahan solo berbanding membawakan lagu-lagu Devotees yang sememangnya telah dikenali ramai.

SINGLE PERTAMA ‘DALAM SUJUD CINTAKU’
Bermula dengan kemunculan single pertama berjudul Dalam Sujud Cintaku pada tahun 2010, lagu tersebut yang pada mulanya sekadar percubaan untuk memperkenalkan kepada umum akan hasil karya beliau ternyata memberikan impak yang besar dalam dimensi baru Halim. Promosi yang dibuat sekadar melalui medium Youtube yang sehingga kini telah mencapai lebih dari 40,000 views, Halim telah diundang oleh beberapa rancangan televisyen tempatan untuk mempersembahkan lagu tersebut secara live dan juga tawaran persembahan pentas.

Halim Devotees Lancar Single Lagu Message Undelivered

SINGLE KEDUA ‘MESSAGE UNDELIVERED’
Pernah dimuatkan dalam album kompilasi Nasyid Indie Vol. 1 – Nasyeed Underground (2009), lagu sepenuhnya ciptaan beliau ini telah diberikan nafas baru dengan susunan semula muzik oleh Along Exists dan rakaman semula yang lebih matang dan menampilkan kekuatan vokal Halim.

Lagu Message Undelivered yang mengisahkan tentang perhubungan akrab 2 insan berlainan latar belakang, budaya, dan agama tetapi telah dipertemukan untuk menyaksikan bagaimana proses si lelaki menawan hati gadis tersebut dan berusaha menariknya kepada cara hidup yang baru iaitu Islam.

Dalam proses perkenalan dan menyingkap hati budi masing-masing si lelaki cuba menunjukkan etika yang dianjurkan dalam Islam dengan harapan si gadis akan dapat menerima ‘mesej’ yang cuba disampaikan tersebut. Lagu ini memberikan 2 maksud yang tersendiri iaitu dari segi ‘realitinya’, semasa dalam perhubungan tersebut berlaku sedikit konflik dan sms yang dikirim si lelaki tidak sampai kepada si gadis, dan ini memberikan prasangka si lelaki yang si gadis mungkin tidak dapat memahami atau menyukai pendekatan yang dilakukan olehnya, lantaran itu ‘mesej’ dakwah yang sebenarnya ingin disampaikan mungkin gagal.

MUZIK VIDEO MESSAGE UNDELIVERED
Bagi melengkapkan jawapan persoalan terhadap lagu Message Undelivered, Halim dengan bantuan beberapa orang rakan yang merupakan krew produksi Neurotic Motion Studio (juga syarikat produksi milik Halim) telah merangka sebuah videoklip untuk menghidupkan lagi suasana dan penceritaan yang terkandung dalam lagu tersebut.

Istimewanya videoklip ini menampilkan gadis dari Korea iaitu Yeji yang memegang watak utama sebagai seorang gadis yang datang ke Malaysia dan telah diperkenalkan kepada Halim oleh sahabat mereka. Halim yang melihat potensi yang ada pada Yeji untuk diajak mengenali Islam berusaha mendekati cara hidupnya dan cuba membawanya kepada perubahan.

Produksi videoklip ini yang telah menjalani penggambaran akhir tahun 2011 telah memilih lokasi-lokasi seperti KLIA, I-City Shah Alam, Dataran Merdeka, dan Zouk KL sebagai latar belakang. Halim sememangnya menaruh harapan yang tinggi terhadap lagu Message Undelivered ini sehinggakan beliau sendirilah yang menjadi penyusun cerita, pengarah, dan penyunting keseluruhan videoklip tersebut.

PERADUAN ‘SHARE’ MTV MESSAGE UNDELIVERED DAN PERCUTIAN KE SEOUL, KOREA
Tidak terhenti sekadar pada penghasilan muzik video, Halim berusaha menghargai para pendengar dan penyokongnya dengan menganjurkan peraduan Share MTV Message Undelivered yang menawarkan hadiah istimewa berupa pakej percutian ke Seoul, Korea pada musim luruh 2012 ini.

Peraduan yang layak disertai oleh sesiapa sahaja ini mengajak peserta untuk share video Message Undelivered tersebut kepada sesiapa sahaja di facebook samada rakan-rakan, page, ataupun group, dan peserta yang memiliki jumlah share terbanyak akan dipilih menjadi pemenang.

Video Message Undelivered ini boleh diakses melalui alamat www.youtube.com/watch?v=v1DEXZ4gVxk dan cara-cara untuk turut serta dalam peraduan share ini boleh diakses melalui bit.ly/MfIjFC.

Peraduan ini dibuka sehingga 7 Ogos 2012 atau setelah jumlah views mencecah 100,000 di Youtube.

Profil
Nama sebenar : Abd Halim Bin Ahmad
Asal :Kota Tinggi, Johor
Tarikh Lahir : 20 Oktober 1986
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Automotif, UIA Gombak
Karier : Pengarah urusan Neurotic Studio, Neurotic Motion Studio, dan Jom Backpacker
Facebook : facebook.com/halimdevotees (personal page)
facebook.com/halimofficial (fanpage)
Twitter : halimofficial
Alamat : Neurotic Studio, 2-77 Jalan SG3, Prima Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Parut Asyikin Lakonan Erra Fazira & Eman Manan

Berita Kematian Osman Kering Adalah Palsu