in ,

Saranan Perdana Menteri DUDUK DIAM-DIAM DI RUMAH Mendapat Respon Positif Rakyat 

Perkembangan mengenai penularan wabak Coronavirus kini menjadi berita semasa di kaca televisyen dan di dada akhbar. Dalam usaha menyalurkan berita secara mutakhir dan terkini, Media Prima Berhad menerusi empat stesen televisyen miliknya iaitu TV3, ntv7, 8TV dan TV9 akan memberikan penonton maklumat secara pantas dan tuntas menerusi siaran berita, program bual bicara serta info padat.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ataupun Movement Control Order (MCO) telah berkuatkuasa secara rasminya pada 18 Mac hingga 31 Mac 2020 di seluruh Malaysia. Media Prima Berhad tidak lupa akan tanggungjawab sosial korporatnya dengan menyalurkan info terkini dan saranan kerajaan menerusi rangkaian televisyen iaitu TV3, TV9, ntv7 dan 8TV dari semasa ke semasa. 

covieeq2

Menurut Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad,

“Sebagai bukti kebanyakan rakyat Malaysia akur tinggal di rumah masing-masing, stesen TV di bawah naungan Media Prima telah mencatat peningkatan tontonan di mana Buletin Utama di TV3 sahaja telah mencatat peningkatan 53%.

Malahan 8TV Midday Mandarin dan ntv7 Mandarin 7 turut memecah rekod masing-masing.

Jumlah tontonan digital di laman sosial Facebook dan YouTube dari 16 hingga 18 Mac mencatatkan 13.1 juta tontonan untuk Buletin Utama dan Buletin 1.30, 6.8 juta tontonan untuk 8TV Mandarin News dan 8TV Midday Mandarin manakala 4.6 juta tontonan untuk ntv7 Mandarin 7,”

– Johan Ishak

Untuk TV3, Buletin Utama telah mencatat jumlah penonton sebanyak 3.44 juta dengan 42.3% syer penonton pada 18 Mac 2020.

Kadar tontonan Buletin Utama menunjukkan peningkatan mendadak sebanyak 53%.

Untuk 8TV Mandarin News, kadar tontonan bagi penonton Cina 4+ telah meningkat sebanyak 45% dengan catatan 1.1 juta penonton dan 59.3% syer penonton.

8TV Midday Mandarin juga pecah rekod dengan jumlah penonton paling tinggi iaitu 617,000 penonton dengan syer penonton sebanyak 60% pada hari yang sama.

Manakala Mandarin 7 (ntv7) juga mencatat kadar tontonan tertinggi pada 564,000 penonton ataupun 49% syer penonton Cina pada waktu petang.

Peningkatan mendadak yang diperolehi pada 18 Mac 2020 menerusi program-program berita adalah seperti berikut:

  • TV3 Buletin Utama: 3.44 juta penonton  (Total 4+)
  • TV3 Buletin 1.30: 1.4 juta penonton (Total 4+)
  • 8TV Mandarin News: 1.1 juta penonton (Chinese 4+)
  • 8TV Midday Mandarin: 617 ribu penonton (Chinese 4+)
  • ntv7 Mandarin 7: 564 ribu penonton (Chinese 4+)

(Sumber: Nielsen Audience Measurement)

Meskipun berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melarang sebarang penggambaran produksi diteruskan sehingga 31 Mac ini, perkara itu tidak menghentikan Media Prima daripada menyajikan program dan rancangan menarik buat penonton.

Antara rancangan dan program menarik buat para penonton seperti I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga, Rindu Yang Terindah (Slot Samarinda), Seindah 7 Warna Pelangi (Akasia), Budak Tebing (Lestary) dan pelbagai lagi rancangan menarik yang bakal disajikan. 

Selain itu, sebarang perkembangan mengenai  berita semasa dan info terkini boleh terus ditonton menerusi program bual bicara seperti Malaysia Hari Ini dan Borak Kopitiam. Untuk perkembangan berita semasa, saksikan saluran berita yang disiarkan melalui keempat-empat stesen saluran iaitu TV3, NTV7, TV9 dan 8TV. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netizen Sebak Luahan Sayu BCL di IG Story Sempena Hari Jadi ke-37, Minta Doa Untuk Ashraf Sinclair

COVID-19: Hans Isaac Jalani Ujian Saringan Selepas Jangkitan Kuman di Paru-Paru