in ,

Berita Beyonce Hamil Anak Kembar Jadi Viral

Penyanyi terkenal Beyonce mengejutkan dunia seni apabila mengumumkan sedang hamil anak kembar di Instagram pada Khamis.

New York Post melaporkan isteri kepada penyanyi rap Jay-Z itu membuat pengumuman itu dengan memuat naik gambarnya yang sedang memegang perutnya yang sudah kelihatan membesar.

“Kami ingin berkongsi cinta dan kasih sayang selain bersyukur keluarga kami akan bertambah dua lagi.

“Terima kasih atas semua ucapan anda,” tulisnya.

Beyonce

Pada 2011, Beyonce pernah membuat kejutan padda acara Anugerah MTV Video Music apabila mengumumkan kehamilan anak pertamanya, Blue Ivy Carter.
Ketika itu Beyonce menjadi bualan hangat apabila tiba-tiba membuka jaket yang dipakainya sebelum mengusap perutnya sejurus mengadakan persembahan menerusi lagu Love on Top.

Blue dilahirkan pada 7 Januari 2012.

Dalam pada itu, berita kehamilan kembar penyanyi itu mendapat perhatian peminat apabila ia dikongsi lebih daripada 500,000 kali di Twitter hanya dalam masa 45 minit.

Manakala entri di Instagramnya pula mendapat 6.3 juta like selain 330,000 komen.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alif Satar Sambut Kelahiran Anak Kedua

Kempen Diskaun 20% Airasia Kembali Lagi