in ,

Berani Betul Artis Baru Sindir Anuar Zain?

Artis baru yang mula nak tumbuh ni kadang-kadang berani bersuara kat media sosial je. Kalau baca komen sorang-sorang tu kadang-kadang terdetik jugak, berani mereka sindir artis-artis senior ni. Anuar Zain tak terlepas kena tempias sindiran tajam mereka. Siapala artis baru yang dimaksudkan tu ya?

Artis ternama seperti Anuar Zain seharusnya perlu dihormati sebab dia dah lama makan garam dalam industri. Meskipun jumlah pengikut di media sosial tidak seramai artis baru yang lain, namun bagi penyanyi seperti Anuar Zain itu dah memadai. Daripada ada pengikut yang suka tulis komen negatif, lebih baik ada peminat yang setia menyokong karier beliau.

Anuar Zain

“Pada mulanya, saya sangat terkejut baca komen penuh sindiran dan tidak ikhlas yang ditinggalkan seorang pengikut di laman instagram peribadi kerana baru kira-kira dua bulan membuka akaun berkenaan.

“Selepas disiasat siapa pemilik akaun terbabit, rupa-rupanya, dia juga seorang artis baru dan saya juga tidak menyangka ada artis yang sanggup memperlakukan artis lain sedemikian di media sosial,”

– Anuar Zain

Akaun Instagram itu sudah mempunyai lebih 27,000 pengikut sejak beroperasi 12 September lalu.

Namun, kata penyanyi lagu Sedetik Lebih itu, dia kini lebih berhati-hati untuk memberi sebarang komen di laman instagram peribadi miliknya selepas ini.

Anuar Zain

“Saya masih baru memiliki akaun instagram peribadi dan tidak tahu permainan orang lain untuk mereka nampak baik di media sosial.

“Ramai orang suka memberi komen berbaur provokasi dan akhirnya kita pula yang nampak jahat di mata orang ramai,”

– Anuar Zain

Pada masa sama, kata Anuar, dia juga banyak meminta pandangan rakan artis seperti Siti Sarah yang aktif di laman sosial untuk berdepan dengan komen negatif di media sosial.

“Sarah beritahu supaya saya hanya baca saja komen negatif dan tidak perlu simpan dalam hati atau komen semula.

“Ada juga rakan yang meminta saya untuk membaca komen netizen di laman instagram Neelofa.

“Terus terang, saya sangat kagum dengan artis seperti Neelofa yang tetap tenang bila berdepan dengan komen netizen yang sangat teruk.

“Saya cuma hairan, netizen yang beri komen seperti itu tidak takut dengan kesannya meninggalkan komen negatif sedemikian?”

– Anuar Zain

Bagaimanapun, Anuar juga sudah mengakui kepentingan media sosial untuk mengembangkan lagi karier seni dan bisnes diceburinya ketika ini.

“Saya masih belajar untuk memuat naik foto sendiri di laman instagram peribadi.”

“Saya masih belajar untuk memuat naik foto sendiri di laman instagram peribadi.

“Saya berasa selesa bila setiap kali memuat naik status dan komen, dapat buat peminat gembira sekali gus memberi semangat kepada mereka.

“Apa yang penting, saya tidak beli pengikut kerana seramai lebih 27,000 orang di laman instagram peribadi adalah peminat setia yang menyokong karier seni sejak dulu,”

– Anuar Zain

Semoga Anuar Zain terus aktif di media sosial. Tidak seperti pendirian beliau yang sebelum ini mahu tampil eksklusif. Zaman sekarang, artis tak kiralah artis lama atau baru perlu sentiasa aktif mengemas kini laman sosial agar nampak lebih relevan. Siapa setuju angkat tangan!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Zamani vs Billy Zulkarnain BUNGA Trending di Youtube

Sinopsis Drama RAISHA 2 Lakonan Diana Danielle