in

Bengkel Vokal Cikgu Shafi

Bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia dan guru vokal terkenal, Cikgu Shafi akan mengadakan Bengkel Vokal Bersama Cikgu Shafi pada 3 Disember 2011 di Bentley Auditorium, The Curve Damansara. Yuran yang dikenakan hanya RM100 sahaja.

Kepada pembaca budiey.com yang nak belajar asas vokal, bolehlah menghubungi 013-3064530 atau 016-2396436


Shafi
Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan amat sesuai sebagai pilihan aktiviti masa lapang terutama dikalangan belia-belia dalam keadaan wujudnya gejala sosial khususnya di kalangan generasi muda. Muzik juga dapat memberi penekanan kea rah pembentukan kualiti diri dan sahsiah remaja merangkumi aspek perasaan, kreativiti, nilai sosialisasi, estetika dan etika. Di samping sebagai penggerak minda untuk berfikir dengan lebih kea rah peningkatan diri, pemglibatan dalam aktiviti muzik memerlukan komitmen dan displin diri yang tinggi.

Muzik juga dapat mencungkil bakat generasi muda yang sekaligus membina keyakinan kental dalam diri. Ianya juga dapat membina modal insan belia remaja yang bersatu padu, berdisplin, berkemahiran, aktif serta mengamalkan gaya hidup berkualiti.

Nyanyian merupakan aktiviti yang popular dijalankan oleh seseorang individu atau berkumpulan samada secara amatur ataupun professional berbanding dengan lain lain aktiviti muzik. Ini adalah kerana aktiviti nyanyian tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dari segi peralatan muzik dan juga lebih mudah mendapatkan penyertaan generasi muda di samping keperluan masa latihan yang agak singkat.

Matlamat Bengkel Vokal ini diadakan adalah untuk membolehkan belia mempunyai displin dalam membuat persembahan dan menikmati muzik kearah membantu pembentukan insan yang mempunyai emosi, kreatif dan inovatif.

Selain dapat membangunkan watak dan imej diri dengan penerapan nilai-nilai positif, ia juga dapat memberi perluasan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik golongan muda. Memperkembangkan daya komunikasi dan interaksi melalui nyanyian/persembahan. Memupuk displin dan semangat kerjasama di kalangan belia. Memperkembangkan bakat golongan muda
Meningkatkan mutu kemahiran diri.

Terbuka kepada semua khususnya pelajar muzik, penyanyi,ahli koir, Ahli- Ahli Persatuan, Badan-badan Kerajaan dan Penggiat seni

INTIPATI SEMINAR

  1. Apa Itu Suara?
  2. Mekanisma Vokal
  3. Mekanisma Penyokong Bunyi/Sistem Pernafasan Mekanisma Pengeluar Bunyi
  4. Mekanisma Penghasilan Perkataan/ Sistem Penyebutan Postur, Kedudukan Dan Keadaan
  5. Pernafasan Ketika Menyanyi
  6. Mewujudkan Ton
  7. Mengawal “Register” Anda Gema Dan Lontaran Suara Kedudukan Suara

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Maharaja Lawak Mega Minggu 4

Sekitar Majlis Resepsi Dira Abu Zahar & Suami