in ,

Bella Dally Mahu Move On, Tak Nak Fikir Pasal Perceraian

TAK ada angin, tak ada ribut… Tiba-tiba sahaja pasangan selebriti Nazim Othman dan Bella Dally memaklumkan tentang berita penceraian mereka selepas dua tahun membina masjid.

Nabilah Ali Dally atau lebih dikenali sebagai Bella Dally akui bahawa dia berasa perit dengan keputusan yang telah dibuat oleh mereka tetapi dengan sokongan dan kata-kata semangat daripada orang terdekat membuatkan dia lebih tabah.

Bella Dally

“Saya kena reda, positif dan ‘move on’.

“Saya berusaha cuba untuk tidak memikirkan mengenainya (perpisahan). Alhamdulillah, saya ada keluarga dan rakan yang tanya khabar serta keadaan saya,” kata Bella dipetik daripada portal Harian Metro ketika diminta memberikan komen tentang rumah tangganya yang sudah roboh.

Bella Dally

Malah, gadis kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu sama sekali tidak mahu memberi komen banyak tentang isu berkenaan memandangkan semua orang sudah mengetahui tentang statusnya bersama Nazim.

Bagaimanapun, pelakon filem Desolasi itu menegaskan untuk tidak berkongsi lebih lanjut tentang punca penceraian dan baginya adalah tidak manis untuk dikongsikan kepada umum tentang perihal peribadi.

Bella Dally

Dalam masa yang sama, Bella turut menafikan dakwaan kononnya dia kerap pulang ke kampung halaman disebabkan mahu menenangkan diri daripada ketegangan rumah tangga yang berlaku antaranya dan bekas suami.

“Saya memang sangat rapat dengan mereka. Sementara mereka masih ada, baik saya gunakan sebaiknya kesempatan itu untuk pulang Sabah.

“Selain itu, saya mahu berjumpa ramai kawan saya di sana,” ujarnya lagi.

Bella Dally

Pada 1 Ramadan lalu, Bella dan Nazim telah memutuskan untuk memberitahu kepada umum tentang penceraian mereka di laman Instagram masing-masing.

Pengumuman yang dilakukan oleh kedua-dua selebriti itu benar-benar mengejutkan banyak pihak termasuklah rakan artis yang lain.

Bella Dally

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bekas Penyampai Hot FM Terengganu Meninggal Dunia

Konsert Guns N’ Roses Live in Malaysia