in ,

Belacan Teknologi Rumah Haba, Inovasi Jentuai Mini & Penghasilan Ais Kepal Viral

Belacan Teknologi Rumah Haba, Inovasi Jentuai Mini dan Penghasilan Ais Kepal Viral Dalam Program “Agrotek” di RTM

Jenama program “Agrotek” sememangnya sudah mempunyai pengikutnya tersendiri terutama dalam kalangan penggemar program perkongsian inovasi dan teknologi terkini dalam bidang pertanian.

Dalam program majalah terbitan Unit Majalah dan Dokumentari TV RTM disiarkan pada 5 September ini, pukul 6.00 petang menerusi saluran TV1, penonton bakal dihidangkan dengan perkongsian pelbagai lagi teknologi dan inovasi serta tinjauan kejayaan pengusaha dalam sektor pertanian negara.

Bagi episod kali ini, Agrotek mengetengahkan tiga topik utama. Pertama mengangkat topik kisah tentang seorang pengusaha belacan. Menariknya ia bukan tentang perusahaan belacan ‘biasa-biasa’ sebaliknya usaha dilakukan beliau dengan mewujudkan teknologi Rumah Haba.

Seterusnya perkongsian aspirasi kejayaan tentang Inovasi Jentuai Mini terus diperkasa bagi meningkatkan pendapatan dan jamin bekalan agro makanan negara. Inovasi terbaharu ini pastinya mampu menyumbang kepada memudahkan usaha petani-petani melaksanakan pekerjaan mereka dengan lebih sistematik dan mudah.

Dan mengakhiri episod minggu ini bakal membawakan penghasilan Ais Kepal Viral dan ABC Gunung yang pastinya dinanti-nantikan peminat setia pencuci mulut ini. Pastikan anda mengikuti setiap episod program ini setiap Sabtu, pukul 6.00 petang di TV1. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

What do you think?

71 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Aik Cheong Coffee Lancar Black-Drip & Dip dengan Enam Variasi Baharu

Minggu Ketiga Suria Duo X Gabungkan Azlan & The Typewriter & Ara Johari