in , ,

Aik Cheong Coffee Lancar Black-Drip & Dip dengan Enam Variasi Baharu

Pelancaran rasmi siri “Black-Drip & Dip” dengan enam (6) variasi baharu iaitu “Drip Bag Coffee” dan “Cold Brew Coffee”. Duta Jenama, Tan Boon Heong pemain badminton terkenal akan membuat penampilan pertama dalam filem pendek bersama Ah Boy Danny Koo bagi merakamkan lagu Tahun Baru China 2021 Aik Cheong Coffee

Jenama kopi paling terkenal di Malaysia selama 60 tahun <Aik Cheong Coffee> telah ditubuhkan pada tahun 1955. Memegang kepada falsafah jenama yang menawarkan segar sihat, dan berkualiti kepada pelanggan, Aik Cheong Coffee mempunyai rangkaian produk minuman segera yang popular daripada Kopi-O, “White Coffee”, Teh Susu, Minuman Coklat Malt, Minuman Bijiran dan lain-lain. Dengan inovasi dan kejayaan mereka yang berdedikasi, Aik Cheong Coffee baru-baru ini telah melancarkan produk kopi siri “Black” yang baru dikembangkan terdiri daripada empat (4) perisa baharu iaitu “Drip Coffee” dan dua (2) perisa baharu iaitu “Dip Coffee”.

3Q5A1553

Berkonsepkan “BLACK TO BASIC” produk baru ini diilhamkan untuk memberi pelanggan merasai keaslian “Black Coffee”. Tambahan pula, cogan kata yang diketengahkan adalah “Me Moment Now” bermaksud ingin memberi pencinta kopi merasai suasana baru menikmati segelas cawan “brew coffee” di zon peribadi yang selesa. 

Menerusi pengumuman yang terbaru daripada Aik Cheong Coffee, syarikat amat berbesar hati dan berbangga mendapatkan khidmat pemain badminton negara, Encik Tan Boon Heong, sebagai Duta Jenama.

3Q5A1513

Dalam pada itu, duta jenama yang baru dilantik ini juga akan terlibat buat julung kalinya dalam industri hiburan dengan membuat penampilan dalam filem pendek bersama artis tempatan terkenal, Ah Boy Danny Koo (The Nation’s Boyfriend) untuk merakamkan Lagu Tema Tahun Baru Cina Aik Cheong Coffee bagi Tahun 2021.  

_28A3147
Trend “BLACK TO BASIC” dengan siri “Black Drip & Dip” daripada Aik Cheong Coffee adalah Pilihan Premium untuk “Drip Coffee” dan “Cold Brew Coffee”

Jenama kopi Malaysia terkemuka <Aik Cheong Coffee> memulakan perjalanan dalam keadaan sederhana dalam industri ini dari tahun 1955 dengan penuh dedikasi dan usaha yang kuat dalam mempromosi reputasi yang cemerlang, kualiti unggul dan tahap kepuasan pelanggan yang luar biasa.

Rangkaian produk kopi segera Aik Cheong seperti Kopi O, White Coffee, Teh Tarik, Hot Chocolate dan lain-lain selalu menjadi pilihan kegemaran rakyat tempatan. Pengasasnya telah menurunkan resipi rahsia dan falsafah jenama kepada warisnya sejak 60 tahun lalu dan kegigihan mereka memastikan penggunaan biji kopi yang paling tulen menjadikan produk mereka popular di pasaran serta berjaya mendapatkan sokongan berterusan daripada pelanggan yang seti malahan pelanggan baru juga.

Aik Cheong Coffee sentiasa menekankan “nikmati kopi sebenar di rumah” dan dengan inisiatif kuat dalam mengembangkan produk, mereka telah berjaya melancarkan satu trend baru iaitu minuman panas cawan segera yang dikenali “IT’s more than just” yang dilancarkan pada tahun lepas, Jun 2019 di mana produk tersebut telah mencatatkan rekod penjualan yang memberangsangkan dengan lebih 1 juta cawan berjaya dijual. Sentiasa melangkah maju kehadapan, tahun ini Aik Cheong Coffee sekali lagi melancarkan produk baru iaitu siri “BLACK” dengan berkonsepkan “Drip & Dip Coffee” menggunakan cogan kata “Black To Basic” bermaksud  

Siri “Drip & Dip Coffee” mempunyai enam (6) variasi baru yang terdiri daripada  “Ethiopia Yirgracheffe”, “Colombia Medellin”, “Guatemala Huehuetenango”, “Nicaragua Jinotega”, “Cold Brew Ethiopia Yirgracheffe” dan “Milk Brew Colombia & Brazil Santo”s. Para pelanggan boleh mula mendapatkan semua jneis produk ini di pasaraya premium ataupun di platform online E-Commerce.

_28A3158

Jualan di platform online :

i.   Lazada

Platform medial sosial rasmi Aik Cheong Coffee:

Facebook Aik Cheong Coffee            : https://www.facebook.com/aikcheongcoffee

Instagram Aik Cheong Coffee            : aikcheong_official

Facebook IT’S more than just            : https://www.facebook.com/itsbyacc

Instagram IT’S more than just            : its_by_acc

Facebook Black Series                       : https://www.facebook.com/blackbyacc

Instagram Black Series                       : blackbyacc

Perjalanan Pemain Badminton Negara Terkenal, Tan Boon Heong, sebagai Duta Jenama, Dalam Penggambaran Mini dan Projek Lagu Tema Tahun Baharu Cina Aik Cheong Coffee 2021 telah Bermula dengan Rasminya. 

Tan Boon Heong, pemain badminton negara yang memenangi Pingat Emas bagi kategori Beregu Lelaki di Sukan Asia 2006 dan telah menempa nama dalam pelbagai kejohanan lain seperti Terbuka Malaysia 2007, Kejohanan All England, Terbuka Swiss dan banyak lagi. Meraih kejayaan di pelbagai kejohanan bersama pasangan beregunya, jurulatih beregu lelaki negara pada ketika itu, Rexy Mainaky memuji pasangan itu dan menganggap mereka sebagai pasangan yang bersinar. Mereka juga dikenali sebagai Pasangan Berlian di arena badminton. Selain daripada kejayaan yang disebut di atas, Tan juga menempa nama dalam “Guinness World Record” selepas mencatatkan pukulan smash paling laju dengan kelajuan 493km sejam pada tahun 2010. Pada tahun yang sama, pasangan ini juga memenangi Kejohanan Terbuka Malaysia dan mendapat tempat kedua di Kejohanan All England. Kemampuannya yang luar biasa dan semangat juang yang tinggi adalah berketepatan dengan falsafah perniagaan Aik Cheong Coffee. Dalam usaha mempromosi jenama ini ke pasaran antarabangsa dan menyebarkan serta menyokong semangat positif diantara Tan dan Aik Cheong Coffee, Aik Cheong Coffee amat berbesar hati melantik Tan menjadi duta jenama seterusnya secara rasmi melancarkan pelbagai kerjasama dengan duta jenama baru ini. 

Aik Cheong Coffee baru-baru ini telah mengumumkan pada sidang media bahawa syarikat ini merancang untuk menerbitkan filem pendek dan Tan akan membawakan watak utama lelaki dalam filem pendek tersebut. Konsep keseluruhan atau tema bagi filem pendek ini adalah berkaitan dengan jalan cerita yang bersifat pendidikan. Objektif utama filem pendek adalah untuk mempromosi mesej positif supaya jangan berputus asa dan teruskan berjuang seperti yang telah dicerminkan oleh Tan menerusi persembahannya dalam gelanggang badminton. Ini merupakan kali pertama Tan terlibat dalam acara seperti ini dan ternyata para peminat teruja dan tidak sabar menantikan kemunculannya. Keseluruhan produksi filem pendek ini akan dikendalikan oleh Oiah Production Team. Filem pendek ini dijangka akandikeluarkan pada Disember tahun ini, 2020. Rakan kongsi promosi bersama, VITA Media akan mula buat pencarian barisan pelakon dalam talian pada hujung September 2020. Pihak mereka mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai bakat berpotensi untuk menyertai penerbitan filem pendek ini yang dibawakan khas oleh Aik Cheong Coffee. Untuk maklumat lebih lanjut berhubung pencarian pelakon, sila layari:

VITA Media Facebook page: https://www.facebook.com/vitamediamy

Selain daripada yang dinyatakan di atas, salah sorang artis tempatan yang sangat berbakat dan seorang “youtuber” yang terkenal iaitu Ah Boy Danny Koo yang telah  menempa nama dan populariti di dalam dan di luar negara menerusi lagu ciptaannya sendiri dan videonya sejak beberapa tahun ini akan berganding dengan Tan untuk merakamkan Lagu Tema Tahun Baru Cina Aik Cheong Coffee 2021. Ini merupakan kerjasama julung kali antara mereka dan diharap lebih banyak lagi kerjasama antara kedua-dua bintang ini pada masa akan datang.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Che Ta Cuci Gudang, Haji Zeel Promosi AsasiMall di Superwomen Sale

Belacan Teknologi Rumah Haba, Inovasi Jentuai Mini & Penghasilan Ais Kepal Viral