in

Bekas Pengacara Aziz Desa Meninggal Dunia

Bekas wartawan dan pengacara, Aziz Desa meninggal dunia pada pukul 10.50 pagi ini, iaitu hari Ahad, 27 Disember 2015.

Aziz atau nama sebenar Abdul Azid, 50, menghembuskan nafas terkahir selepas terlantar di hospital tersebut akibat masalah buah pinggang kronik dan penyakit kencing manis sebelum ini.

Untitled

“Malam tadi arwah tidur di katil yang ada di ruang tamu bersama salah seorang anak kami. Tapi pagi tadi saya menyedari arwah sudah tidak bergerak lagi,” katanya kepada pemberita di kediaman mereka di Taman Seri Dayang.

Percutian bersama keluarga di Phuket menjadi percutian terakhir buat Aziz Desa, 50, bekas wartawan dan pengacara televisyen yang meninggal dunia di sini pada Ahad.

Isterinya Raden Norazlina Raden Jumari, 50 berkata beliau bersama Aziz atau nama penuhnya Abdul Aziz bersama-sama anak-anak mereka baharu kembali daripada pusat percutian terkenal di Thailand itu petang semalam sebelum disedari meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad.

Aziz yang mengalami komplikasi buah pinggang, sakit jantung dan diabetes sejak hampir setahun lepas meninggalkan enam orang anak berumur antara 13 dan 22 tahun.

Allahyarham yang juga bekas setiausaha akhbar kepada menteri besar Kedah dilapor mengalami masalah buah pinggang pada tahap serius dan sedang menjalani proses heamodialisis.

Selain pernah menjadi wartawan akhbar Berita Harian, TV3 dan TV9, Allahyarham juga pernah menjadi Setiausaha Akhbar kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri (Tan Sri) Sanusi Junid

Jenazahnya disemadikan di Kampung Bayas selepas solat Asar.

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Showcase Nora Ariffin ANUGERAH di Theatre Lounge Cafe

Budiey Cyrill Hassan | 14

Yang Best Gunting Rambut di EDD THE BARBER