in , ,

beIN SPORTS CONNECT, iQIYI & TVBAnywhere+ Apps kini di Astro Ultra Box

Astro telah melancarkan aplikasi beIN SPORTS CONNECT, iQIYI dan TVBAnywhere+ di Ultra Box, membolehkan pelanggan menstrim lebih banyak acara sukan global secara SIARAN LANGSUNG dan hiburan Asia kegemaran mereka mulai hari ini.

Sejajar dengan visinya untuk menjadi destinasi hiburan dan pentsriman nombor satu Malaysia, Astro telah melancarkan aplikasi beIN SPORTS CONNECT, iQIYI dan TVBAnywhere+ di Ultra Box, membolehkan pelanggan menstrim lebih banyak acara sukan global secara SIARAN LANGSUNG dan hiburan Asia kegemaran mereka termasuk drama dan filem Korea, Cina dan Hong Kong, kegemaran tempatan serta anime di TV mereka mulai hari ini. 

Euan Smith, Ketua Pegawai Eksekutif TV, Astro berkata, “Sebagai agregator utama di Malaysia, kami mengalu-alukan beIN SPORTS CONNECT, iQIYI, dan TVBAnywhere+ di Ultra Box kami, menyertai perkhidmatan penstriman global seperti Netflix dan Disney+ Hotstar.

Lebih daripada 600,000 pelanggan Ultra dan Ulti Box boleh menstrim rancangan TV terbesar, kandungan tempatan yang terkenal dan sukan siaran langsung semuanya di tempat yang sama tanpa perlu meninggalkan antara muka Astro, memberikan pengalaman hiburan yang lancar dan menyeronokkan.”

beIN SPORTS CONNECT, iQIYI & TVBAnywhere+ Apps kini di Astro Ultra Box

beIN SPORTS CONNECT

Dikenali sebagai Home of Sports, Astro sangat teruja untuk menambah aplikasi beIN SPORTS CONNECT pada Ultra Box untuk peminat sukan yang membawa liga bola sepak Eropah utama seperti UEFA Champions League dan UEFA Europa League secara SIARAN LANGSUNG dan on-demand di samping lebih 3,000 jam acara sukan tenis secara siaran langsung termasuk Piala ATP dan Piala Laver

Mulai hari ini, pelanggan dengan langganan Sports yang sebahagian daripada Pek TV Astro mereka akan dapat mengakses semua kandungan di beIN SPORTS CONNECT pada skrin TV melalui Ultra Box atau pada aplikasi mudah alih untuk pengalaman tontonan ‘on-the-go’.

iQIYI

Sebagai ‘Home for Asian Entertainment’, iQIYI menawarkan pelbagai drama Cina yang menarik termasuk Love Like the Galaxy, yang dibintangi bakat popular Wu Lei dan Zhao Lusi dan melodrama tempatan eksklusif iQIYI yang dibintangi Fasha Sandha, Afieq Shazwan dan Aidil Aziz, Rampas Cintaku; siri anime Jepun yang terkenal seperti One Piece; serta ikuti drama tempatan terbaik seperti 7 Hari Mencintaiku 3, Kerana Aku Isteri Bidaan dan Cukup Derita Itu. 

Antara sekarang dan 20 Disember 2022, pelanggan Astro boleh mendaftar untuk langganan VIP Standard atau VIP Premium dan menikmati tawaran eksklusif dengan hanya RM4.90 untuk bulan pertama* dan menikmati penjimatan yang hebat pada RM8.90 (RRP RM11.90) dan RM12.90 (RRP RM17.90) dan strim sehingga empat (4) peranti serentak untuk bulan berikutnya. Daftar iQIYI sekarang di www.astro.com.my/iqiyi

TVBAnywhere+

Peminat drama Hong Kong (TVB) kini boleh menstrim lebih 40,000 jam hiburan Cina terbesar di aplikasi TVBAnywhere+ di Ultra Box, di samping aplikasi mudah alih. Aplikasi TVBAnywhere+ menawarkan pelbagai kandungan yang terdiri daripada siri drama terkini, rancangan pelbagai, klasik evergreen dan kandungan asli TVB tanpa had seperti drama berunsur jenayah, Against Darkness, rancangan pelbagai yang kelakar, Super Trio Returns, rancangan realiti supernatural, Ghost Bushwhacker serta program infotainment yang membincangkan tentang topik-topik yang hangat, Scoop.

Langkah Mudah untuk Mengakses Aplikasi-Aplikasi Baharu 

Untuk mengakses “iQIYI”, “beIN SPORTS CONNECT” atau “TVBAnywhere+” pada Ultra Box, tekan butang “Home” di alat kawalan jauh Astro. Di bawah rel “Apps”, pilih aplikasi yang anda ingin akses (bergantung pada Pek Astro anda). Ikuti langkah di skrin untuk log masuk menggunakan ID Astro anda dengan peranti mudah alih dan sambungkan akaun anda dengan Ultra Box anda. Setelah selesai, anda akan mendapat akses segera ke kandungan-kandungan hiburan yang penuh dengan citarasa anda!

Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang aplikasi beIN SPORTS CONNECT atau di sini mengenai aplikasi TVBAnywhere+ pada Ultra Box. Nikmati lebih banyak penjimatan apabila anda mengakses aplikasi ini pada Ultra Box apabila anda mendaftar untuk tawaran pakej TV kami dengan melayari astro.com.my/tv.

###

*Tawaran RM4.90 untuk bulan pertama tertakluk kepada pelanggan Astro sehingga 20 Disember 2022 sahaja. Harga standard (RM8.90/sebulan atau RM12.90/sebulan) akan dikenakan selepas bulan pertama. Tertakluk kepada Terma & Syarat.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NETFLIX TUDUM

Senarai Selebriti & Pelakon Terkenal Bakal Muncul di Tudum Korea!

iQIYI Lancar Siri Original RAMPAS CINTAKU Lakonan Fasha Sandha & Afieq