in

Bayi Rini AF7 Meninggal Dunia

Salam takziah buat Rini AF di atas pemergian anaknya, Maryam jam 12 tengah hari tadi. Alfatihah.

SETELAH empat hari kritikal, anak sulung penyanyi program realiti Akademi Fantasia (AF7), Rini meninggal dunia. Budiey sangat sedih dapat tahu berita ini. Kesian betul dengan pasangan ini. Bayi Rini ni sangat comel. Mungkin ini satu ujian buat Rini sekeluarga. Budiey harap Rini dan suami bertabahlah menerima dugaan hidup ini.

anak rini hampir mati lemas

Maryam Joanna Johanis, yang dilahirkan pada 9 Ogos lalu disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang.

Rini juga telah update status di Facebook miliknya:

“Salam..Al-Fatihah buat Puteri kesayangan saya dan suami Maryam Joanna Johanis yang telah meninggalkan kami buat selamanya-lamanya… Allah lebih menyayangimu Anakku…Semoga kita berjumpa lagi di Syurga… Ibu dan Abah sygkan kamu Maryam…Al-Fatihah…”

Maryam dibawa ke hospital selepas terjatuh dari katil secara tertiarap.

Berita pemergian Maryam disahkan oleh rakan Rini yang juga penyanyi, Isma menerusi laman Twitternya.

Menurut Isma ketika menziarahi arwah, Rini dalam keadaan stabil dan redha dengan ketentuan Illahi.

“Walapun beberapa hari sebelum Syawal tiba, namun Rini kelihatan cukup tenang berbanding di awal insiden beberapa hari lalu,” kata Isma.

Rini melahirkan Maryam di Hospital Putrajaya jam 9.34 pagi Khamis lalu dengan berat 4.25 kilogram secara pembedahan.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Selebriti Meriahkan Kempen Donate A Baju Raya ZALORA

Rawatan Terapi HydraWhite AsterSpring