in

Rawatan Terapi HydraWhite AsterSpring

Terapi HydraWhite Baharu AsterSpring Menyerikan Kulit

Kulit yang lembut tampak lebih hebat dengan rupa berseri. Wanita kini boleh memiliki kedua-dua ciri ini dengan Terapi HydraWhite AsterSpring yang terkini! Rawatan revolusi ini menjanjikan tona kulit berseri yang menyerlahkan kulit sihat yang lembap.

Rawatan bermusim HydraWhite ini hanya dilakukan oleh ahli terapi mahir di outlet AsterSpring sehingga September 2012. Oleh itu, para wanita yang mahu menyerlahkan keserian kulit mereka yang kusam bolehlah mengunjungi ke pusat kesihatan kulit bagi sesi penyegaran kulit yang hebat ini.

Apakah yang menjadikan Terapi HydraWhite ini sungguh unik? Rawatan lain dari yang lain ini menggunakan Nano Mist atau Kabus Nano yang 13 kali lebih halus daripada pengewap biasa. Nano Mist sejuk dibuat untuk melembutkan epidermis, yang membolehkan produk rawatan kulit menyerap dengan mudah ke dalam lapisan antara sel kulit.

Selain itu, Terapi HydraWhite juga mempunyai kuasa mengekal kelembapan y-PGA, iaitu ciri natto yang melekit, juga dikenali sebagai kacang soya penapaian. Natto, bukan sahaja mengandungi y-PGA, malah ia kaya dengan Vitamin B2, B6, B12, E, K2 dan banyak enzim penghadaman yang lain. Penambahan y-PGA ke dalam Rawatan HydraWhite menjadikan rawatan ini jauh lebih baik untuk mempertingkatkan keanjalan kulit dan kolagen, di samping mengekalkan kelembapan dengan berkesan.

HydraWhite Paraffin Masque merupakan sebahagian daripada rawatan ini. Penyelesaian kepada kulit matang dan kusam, suam pupur ini mengurangkan garis-garis halus dan meningkatkan pengaliran darah.

Pada akhir Terapi HydraWhite ini, anda akan mendapati tona kulit yang tidak sekata sebelum ini semakin mengurang dan menyerlahkan wajah yang jelas berseri. Kulit juga segar semula dengan kelembutan yang dipertingkatkan, iaitu kesan kelembapan daripada rawatan ini. Apabila kulit anda berseri dan sihat dari dalam, ia juga akan meningkatkan keyakinan diri.

Masih belum pasti sama ada mahu mendapatkan rawatan penuh Terapi HydraWhite lagi? Jangan risau! Dengan promosi semasa AsterSpring, percubaan pertama rawatan hanya berharga RM268 sahaja (harga biasa RM348). Selain daripada rawatan prestasi tinggi pada muka dan leher, pelanggan yang mendaftar untuk sesi percubaan juga akan menerima pelega tekanan kepala bernilai RM48 serta Dermalogica Daily Microfoliant (13 gm) bernilai RM43.

Terapi HydraWhite menyertai rangkaian rawatan AsterSpring yang mendukung komitmen jenama untuk menyubur kulit dengan penyelesaian khas dalam persekitaran yang nyaman. Dengan pengalaman selama 26 tahun dalam industri kesihatan kulit, AsterSpring membantu lebih daripada 1 juta orang pelanggan mendapatkan kulit sihat dan tenaga dalaman.

Jenama ini memberi tumpuan kepada mencapai kesejahteraan menyeluruh dan kehidupan yang bahagia. Bagi mengekalkan kesihatan kulit dan badan yang optimum, AsterSpring percaya dalam mengekalkan keseimbangan kulit dan badan, stabil dan terlindung daripada tekanan hidup. Ini bukan sahaja akan mengekalkan kesihatan kulit tetapi juga melambatkan kesan penuaan. Sinergi rawatan AsterSpring juga direka untuk merawat kesihatan dalaman dan keserian luaran di samping mengekalkan penampilan muda.

Berikan diri anda ganjaran penyegaran kulit! Rebutlah promosi Terapi HydraWhite ini sebelum ia tamat – kunjungilah mana-mana pusat kesihatan AsterSpring untuk temu janji anda hari ini!

HydraWhite

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bayi Rini AF7 Meninggal Dunia

P1 Launch of P1’s ForBiz Fiber Plan