in , ,

Bawa Karya Fotografi Anda Ke Tahap Seterusnya Dengan Galaxy A52s 5G

Dengan empat kamera utama di belakang, Samsung membawakan pengalaman kamera serba boleh yang canggih untuk peminat fotografi yang mahukan semua jenis pilihan.

Bukan sahaja anda boleh merakam foto dan video yang jelas dengan kamera utama 64MP, tetapi anda juga boleh merakam trend tarian terkini ataupun kereta cantik yang sedang meluncur di atas jalan raya dengan bantuan penstabilan imej optik atau OIS (optical image stabilization) yang memudahkan kerja anda dengan memastikan gambar dan video yang dirakam adalah jelas dan stabil – walaupun dalam cahaya malap.

Untuk penggemar swafoto, kamera hadapan 32MP akan memberikan anda kualiti swafoto yang jelas dan beresolusi tinggi – tambahan pula, fungsi Fun yang ada membolehkan anda menjadi kreatif dan mengekspresikan diri anda dengan penuras interaktif Snapchat yang berbeza – membuatkan anda berasa seperti seorang bintang.

A52s Camera

Apatah lagi, peranti ini juga mempunyai banyak ciri yang ada pada siri mercu Galaxy. Salah satunya termasuk Single Take; ia membantu anda merakam beberapa gambar dan video pada satu ketika hanya dengan menekan butang shutter. Ini berguna untuk majlis-majlis khas, seperti sambutan hari jadi atau semasa bercuti di mana anda ingin merakam semua kenangan tanpa perlu bersusah payah memilih sudut untuk berbilang gambar dan video.

Dengan bantuan AI, gambar dan video anda akan sentiasa kelihatan hebat kerana ia membantu anda memilih pilihan gambar yang terbaik. Anda bebas untuk berlari, melompat, dan menjadi kreatif dengan cara anda menangkap gambar dan video. – 

Ia juga sesuai jika anda ingin keluar berjalan-jalan seharian! Dengan penggunaan bateri 4,500mAh, ia mampu bertahan sepanjang hari; jadi anda boleh menikmati dan merakam semua detik kehidupan tanpa perlu risau tentang bateri anda mati di pertengahan hari.

Peranti ini juga menyokong pengecasan pantas sehingga 25W yang membolehkan bateri anda kembali ke kuasa penuh dalam masa yang singkat – memastikan anda tidak perlu menunggu lama sebelum kembali menjadi jurugambar.

Untuk maklumat lanjut tentang Samsung Galaxy A52s 5G, sila klik SINI.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nekad Gadai Emas Di Gull Jewellery, Kisah Pengorbanan Wanita Ini Untuk Suami Cukup Mulia

NABILA RAZALI PUTUS

Perlindungan Ekstra untuk Himayan Jelita dalam Pink Dew