in ,

Battle Round Big Stage 2019 Minggu Ke-6 Uji Daya Saing Peserta

Dinda Permata berjaya meraih gelaran ‘BBNU of the Week’ di minggu kelima Big Stage 2019! Tahniah Dinda!

Persaingan makin sengit – Syada Amzah, Chaleeda Gilbert tersingkir dari Big Stage 2019! Pentas Big Stage 2019 minggu kelima mempamerkan persembahan yang sangat menghiburkan. Menggalas tugasan yang diberikan pada minggu tersebut yang bertemakan ‘Cannot Brain’, minggu itu telah menguji tahap kemampuan sebenar setiap peserta yang perlu membawakan lagu-lagu yang berbeza dan di luargenre kebiasaan mereka. 

Big Stage 2019 Minggu Ke 5
Big Stage 2019 Minggu Ke 5

Konsert kelima Big Stage 2019 sekali lagi menyaksikan persembahan yang cemerlang dari Bintang Korea Selatan iaitu Han Byul yang menyanyikan lagu berentak dangdut berjudul ‘Yang Sedang Sedang Saja’ nyanyian asal Iwan yang mana melayakkan beliau menerima pujian melambung dan reaksi cukup positif dari juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza! 

Big Stage 2019 Minggu Ke 5

Di samping itu, Han-byul kembali mendominasi kedudukan pertama dalam carta pemarkahan setelah mendapat markah tertinggi dari juri sebanyak 82.00 peratus.

Big Stage 2019 Minggu Ke 5

Mengekori rapat adalah bintang yang berasal dari Kedah, Neeta Manisha, di kedudukan kedua dengan jumlah markah 81.67 peratus. Bintang berusia 25 tahun itu menampilkan persembahan yang sangat berkualiti menerusi lagu soundtrack rasmi dari filem ‘Crazy Rich Asians’, nyanyian Grace Change berjudul ‘Wo Yao Ni De Ai’ serta mendapat pujian dari Yusry Abdul Halim selaku juri jemputan.

Big Stage 2019 Minggu Ke 5

Selain itu, Santesh sekali lagi membuktikan kemampuan beliau sebagai penyanyi serba boleh apabila berjaya mempersembahkan nyanyian yang penuh bertenaga menerusi lagu pop Korea yang bertajuk ‘Gangnam Style’ oleh Psy. Santesh juga diberikan komen yang bagus dari juri tetap, Cakra Khan serta mengumpul markah sebanyak 77.83 peratus.

Big Stage 2019 Minggu Ke 5

Dalam pada itu, pentas Big Stage 2019 minggu lalu menyaksikan Adzrin, Syada Amzah dan Chaleeda Gilbert tersenarai di kedudukan yang terendah. Persembahan yang dipamerkan oleh Syada Amzah menerusi lagu yang berjudul ‘Sembilu’ nyanyian ratu rock negara Ella kurang memuaskan hati juri terutamanya Cakra Khan.

Big Stage 2019 Minggu Ke 5

Dengan itu, Syada Amzah telah merekodkan jumlah markah sebanyak 68.00 peratus dan beliau diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada minggu kelima. Diikuti bintang BBNU yang berasal dari Thailand, Chaleeda Gibert yang mempersembahkan lagu yang bertajuk ‘Girlfriend’ nyanyian Avril Lavigne dikritik hebat oleh Yusry Abdul Halim yang menyatakan bahawa vokalnya tidak bersesuian dengan lagu!

Big Stage 2019 Minggu Ke 5

Nasib tidak lagi menyebelahi beliau pada minggu itu menyaksikan Chaleeda Gilbert tersungkur dengan markah terendah sebanyak 62.00 peratus. Beliau diumumkan sebagai peserta kedua yang juga tersingkirdari pentas Big Stage 2019.

Big Stage 2019 Minggu Ke 5

Oleh yang demikian, hanya lapan peserta bakal untuk meneruskan perjuangan di pentas Big Stage 2019.

Pada minggu keenam, kesemua peserta bakal mempersembahkan dua persembahan iaitu lagu pilihan daripada juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan juga ‘Battle Round’.

Big Stage 2019 Minggu Ke 5

Dengan itu, persaingan di antara mereka akan pasti bertambah rancak di mana kesemua Bintang BBNU akan berentap sesama mereka dengan lagu yang akan diberikan.

Mampukah kesemua bintang BBNU mempersembahkan lagu yang dipilih sendiri oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan baik?

Big Stage 2019 Minggu Ke 5

Mampukah Santesh mempersembahkan lagu yang bertajuk ‘Jikalau Kau Cinta’ nyanyian asal oleh juri tetapJudika?

Bagaimana pula dengan persembahan Dinda Permata dengan lagu ‘Anta Permana’, nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza?

Siapakah pula yang akan merangkul gelaran ‘BBNU of the Week’ pada malam itu? Bintang manakah yang bakal tersingkir? Sama-sama kita saksikan Ahad ini!

Jangan lupa untuk menonton Siaran Langsung Konsert ‘Big Stage 2019’ (Minggu Keenam – Suku Akhir) pada 22 September 2019 (Ahad), jam 9.00 malam di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). 

Big Stage 2019 Minggu Ke 5
Big Stage 2019 Minggu Ke 5
Big Stage 2019 Minggu Ke 5
Big Stage 2019 Minggu Ke 5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NK Fashion Week Showcase Of Emerging Designers Rocks London At Bentley

airasia

AirAsia Lancar Laluan Eksklusif dari Kuala Lumpur ke Da Lat