in ,

Barulah Puas Hati! Ifa Raziah Akhirnya Terima Suntikan Vaksin Pfizer

Ifa Raziah telah memuat naik video mengenai dirinya yang membatalkan niat untuk mengambil vaksin jenis Sinovac disebabkan kekeliruan serta salah faham yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin di MITEC. Tahniah Miss Diva!

Hasrat penyanyi dan usahawan, Ifa Raziah untuk menerima suntikan vaksin jenis Pfizer BioNTech akhirnya tercapai apabila akhirnya menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan di sebuah pusat perubatan swasta di Bangi, Selangor, hari ini.

Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 46, bersyukur apabila proses vaksinasinya berjalan lancar. Dia turut berterima kepada pusat perubatan terbabit kerana memberikan layanan yang sempurna.

“Syukur Alhamdulillah saya sudah mendapat suntikan vaksin Pfizer untuk dos pertama di sebuah hospital di Bangi. Terima kasih banyak-banyak di atas layanan yang diberikan. Kesemua kakitangan sangat baik dan prihatin kepada semua pengunjung yang hadir menerima suntikan vaksin,”

– Ifa Raziah
Barulah Puas Hati! Ifa Raziah Akhirnya Terima Suntikan Vaksin Pfizer

Ifa akhirnya berjaya menerima suntikan dos pertama Pfizer di sebuah pusat perubatan swasta di Bangi, Selangor, hari ini. Ifa menerima suntikan itu kerana dia mengalami alahan teruk serta disarankan menerima vaksin jenis Pfizer. 

Ifa berkata, dia bersyukur apabila proses suntikan vaksin berjalan lancar dan berterima kepada pusat perubatan terbabit kerana memberikan layanan yang baik.

Menerusi perkongsian itu, Ifa dilihat tenang menerima suntikan dos pertama Pfizer selain berkongsi proses suntikan yang dilakukan kepada dirinya. 

Terdahulu, tindakan Ifa memuat naik video dalam media sosial membatalkan niat mengambil vaksin Sinovac disebabkan kekeliruan dan salah faham yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), baru-baru ini mencetus perdebatan hangat netizen. 

Ifa dalam satu kenyataan menjelaskan keputusan untuk dia mendapatkan vaksin jenis Pfizer itu bersebab dan bukannya mengada-ngada serta bersikap degil. Malah, Ifa juga sanggup mengeluarkan duit sendiri untuk mendapatkan vaksin itu demi tahap kesihatannya. 

Kata Ifa, keputusannya untuk mendapatkan vaksin jenis Pfizer bukan sekadar mengada-ngada tetapi atas nasihat doktor yang memaklumkan dirinya berdepan masalah kesihatan serta mempunyai alergi atau alahan terhadap ubat-ubatan tertentu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kedai Makan Terpaksa Tutup, Hidup Nico Tertekan Gara-Gara Hutang Keliling Pinggang

Selepas Poster Dipadamkan, Netizen Tanya Apa Jadi dengan Pendedahan Caprice Pada 21 Julai