in , ,

BARISAN HADAPAN Tanda Terima Kasih Azlan & Typewriter

Melihatkan raut wajah anggota barisan hadapan yang berkhidmat untuk negara ketika ini pasti membuatkan sesiapa sahaja terkesan.

Mereka bukan sahaja meninggalkan keluarga di rumah demi melawan pandemik Covid19 tetapi dalam masa yang sama turut menggadaikan nyawa semata-mata mahu negara kembali ‘aman’. Bagi Azlan & Typewriter, jasa dan pengorbanan barisan hadapan tidak terbalas dengan wang ringgit. Pengorbanan yang dilakukan begitu besar maknanya dan harus dihargai oleh semua.

Mengambil inisiatif untuk memberikan semangat dan sebagai tanda terima kasih, Azlan sempat merakamkan sebuah lagu berjudul BARISAN HADAPAN sebagai tanda terima kasih kepada mereka.

Lagu yang dicipta sepenuhnya oleh Azlan, sudah boleh ditonton melalui saluran YouTube INDIGITAL MUSIC bermula pukul 11 pagi, Khamis.

“Sayu hati melihat gambar dan video mereka tular dalam media sosial. Jasa petugas barisan hadapan ini memang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

“Mereka bukan sahaja merawat pesakit di hospital, malah sebahagian besar berada di atas jalan semata-mata mahu menjaga keselamatan dan mengawal keadaan,”

– Azlan
Azlan & Typewriter

Mengambil masa seminggu untuk menyiapkan lagu tersebut, Azlan juga menasihati ahli masyarakat agar terus berada di rumah dan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac lalu.

Hanya dengan berada di rumah, kita dapat memutuskan rantaian Covid19 seterusnya mengembalikan keamanan seperti mana yang pernah dikecapi satu masa dahulu.

“Tidak sukar pun sebenarnya untuk melawan pandemik ini asalkan kita mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan demi kebaikan bersama,”

– Azlan

Mengharapkan lagu BARISAN HADAPAN mampu memberikan semangat kepada semua frontliners, video muzik berkenan boleh ditonton melalui https://youtu.be/cEKzron3AY8

Azlan & Typewriter
Azlan & Typewriter

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tepat! Penyanyi Shila Amzah Yakin Dengan Pilihannya

Sukar Untuk Bernafas, Wany Hasrita Akui Diserang Anxiety Disorder