in

Band NRG Kembali Menghiburkan Planet Hollywood

‘Club Band’ terbaik dan terkenal di Malaysia, NRG akan kembali beraksi di Planet Hollywood pada bulan November, Disember 2007 dan Januari 2008 ini. Mereka akan mengegarkan Planet Hollywood buat ke sekelian kalinya dan mereka menjanjikan persembahan terbaik yang sudah pasti mampu memeriahkan malam anda! Ditubuhkan pada tahun 1991, NRG masih tetap menyengat, sama seperti awal-awal kemunculan mereka sebelum ini. Malah, mereka makin mantap dari hari ke hari. Keupayaan mereka memberikan persembahan terbaik dan cukup bersemangat berjaya membuatkan NRG menjadi begitu popular di kalangan penggemar-pengemar muzik di kelab-kelab malam. Barisan pemuzik yang ada di dalam kumpulan NRG juga bukan calang-calang orangnya. Diketuai oleh Jasminor Jamil, atau lebih di kenali sebagai Jasmine (Drum/Gitar & Vokal Utama), NRG juga di anggotai oleh enam (6) orang yang lain iaitu Gee (Gitar Bass/Vokal), Lily (Keyboards/ Vokal), Boy (Gitar Utama/Vokal), Reza (Gitar Utama/Vokal), Ano (Drum) dan Mimi (Penyanyi Wanita Utama). 

Muzik yang dipersembahkan oleh NRG juga memainkan peranan penting di dalam melakar kejayaan mereka hari ini. Kepelbagaian yang dipersembahkan oleh NRG di dalam menyanyikan berbagai genre muzik, dari R&B ke Pop, Dance, Rock, Retro sehinggalah ke muzik terkini (top-40) membuatkan mereka di nobatkan di antara ‘Club Band’ terbaik di Malaysia.

Persembahan yang mereka jayakan sering mendapat sambutan yang cukup membanggakan oleh pengunjung-pengunjung kelab. Kemunculan NRG sering di nanti-nantikan dan setiap persembahan yang mereka adakan tidak pernah mengecewakan penonton-penontonnya. NRG memiliki keistimewaan tersendiri dalam menarik perhatian para pendengar dari awal persembahan dengan alunan lagu-lagu perlahan serta menenangkan dan di sudahi dengan lagu-lagu rancak dan cukup bertenaga sekali! Pengalaman yang begitu lama berada di dalam bidang muzik ini sudah pasti membantu NRG dalam mengecapi populariti mereka hari ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton persembahan bertenaga NRG di Planet Hollywood, sepanjang tiga bulan yang akan datang ini (November, Disember 2007 dan Januari 2008).

Planet Hollywood terletak di KL Plaza, Kuala Lumpur.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03- 2144 6602. 

1511619839 F9C69A384D | 3

[tags]nrg band, show nrg planet hollywood, lagu nrg, club band, nama ahli nrg, gossip nrg, news nrg, senarai lagu mrg[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tips Hari Raya: Bagaimana Cara Meminta Maaf?

Dr Sheikh Muszaphar Shukor & Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Berbual