in , ,

Baggio Damasutra Pertaruhkan Single Terbaharu Berjudul LADUNI CINTA

Setelah 30 tahun menjadi di bidang nyanyian Baggio penyanyi utama kumpulan Damasutra pada suatu ketika dahulu kini mempertaruhkan single terbaharunya berjudul Laduni Cinta yang akan mewarnai dunia muzik tanahair pada tahun 2020 ini. Menurut Baggio, lagu ini sangat bermakna untuk dirinya kerana tahun ini beliau ingin meghadiahkan sesuatu yang baru dan memberi makna kepada peminatnya.

Lagu ini ditulis oleh Joe Slash yang berkonsepkan “pop rock” manakala liriknya pula ditulis oleh penulis lirik yang sama untuk lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi. Menurut baggio lagi, pertama kali menerima lagu ini dari Joe, beliau terdetik untuk memanggil S. Amin Shahab kerana rindukan pengisian yang kreatif yang sangat mendalam yang boleh dihasilkan untuk komposer terbaharu seperti Joe Slash, bila pertama kali melihat lirik yang dihasilkan Baggio yakin inilah karya yang dinantikan oleh peminat di luar sana tambah Baggio lagi.

Baggio Damasutra

Menurut komposer lagu ini Joe Slash, lagu ini menampak kematangan Baggio bagi seorang penyanyi. Beliau berbesar hati dapat mencipta sebuah lagu untuk penyanyi yang sangat berpengalaman seperti Baggio dan mencari genre yang sesuai untuknya pada zaman sekarang yang nampak “simple” tetapi dengan kekuatan vocal yang ada pada Baggio, beliau yakin dengan lagu ini tambahan pula penulis lirik lagu ini, S Amin Shahab merupakan seorang yang sangat berpengalaman,”

Menurut penulis lirik Laduni Cinta, S Amin Shahab, lirik ini merupakan kesinambungan dari liriknya untuk baggio seperti “Umpama Mimpi Dalam Mimpi”, “Seribu Bayangan , “Asyik” tetapi lirik lebih mendalam dan perlu di jiwai baru kita rasa, ujar S amin Shahab.

Lagu laduni mendapat khidmat dari Adi dari kumpulan 6ixthsense dari segi susunan lagu dan mendapat khidmat Taja dari Kumpulan Meet Uncle Hussin  sebagai jurutera bunyi dan Adunan. Pemuzik undangan dalam ini juga tidak kurang hebatnya terdiri daripada Ujang Exists (dram), Bass (Robot) Gitar (Ritz Metalasia)

Muzik Video Rasmi Lagu Lagu Laduni Cinta telah dilancarkan pada 9 jan 2020 lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kumpulan Metal Legend XPDC Bakal Beraksi di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur

Didi & Friends Menang Anugerah Program Prasekolah Terbaik Asian Television Awards Ke-24 di Manila