in ,

Bagaimana Bekas Pemandu Teksi Berjaya Menjadi Orang Ke-2 Terkaya Di Korea Selatan?

Seo Jung Jin dilaporkan berjaya menjadi orang kedua terkaya di Korea Selatan, dia adalah ketua syarikat The Celltrion yang bernafas di dalam sektor biofarmaseutikal. Kekayaannya dikatakan menyaingi pengasas Samsung, namun kisah kejayaan Jung Jin jauh lebih gah daripada itu.

Dia berasal dari keluarga yang sangat sederhana. Sebelum menjadi orang kedua terkaya di Korea, dia adalah pemandu teksi yang mengharapkan duit gaji. Malah, sebelum mencapai ke puncak, dia pernah meminjam wang daripada peminjam wang haram dan bahkan menggunakan organ sebagai jaminan.

Sejak wabak COVID-19 datang menyerang dunia, banyak orang kehilangan kerja dan punca pendapatan. Namun, perniagaan Jung Jin mencanak naik dengan peningkatan hampir dua kali ganda.

Bagaimana Bekas Pemandu Teksi Berjaya Menjadi Orang Ke-2 Terkaya Di Korea Selatan?

Disebabkan itu, nama Jung Jin mula mendapat perhatian. Tambahan pula dia bukanlah lahir daripada keluarga yang senang dan kisahnya yang berjaya dalam sektor perniagaan non-tradisional dilihat sebagai satu perkara yang luar biasa.

Bagaimana Bekas Pemandu Teksi Berjaya Menjadi Orang Ke-2 Terkaya Di Korea Selatan?

Kisah Hidup Jung Jin

Economic Times melaporkan bahawa Seo Jung Jin lahir dalam keluarga sederhana yang menjual batu bata. Sebelum memulakan perniagaan, dia pernah menjadi pemandu teksi.

Namun, sejak dulu lagi semangat untuk berjaya sudah tumbuh subur dalam dirinya. Lelaki yang kini berusia 62 tahun ini merupakan graduan Universiti Konkuk dalam bidang kejuruteraan industri. Dia pernah menabur bakti di Daewoo Motor Co. sebelum diberhentikan disebabkan krisis kewangan Asia pada waktu itu.

Pada tahun 2000, dengan semangat dan ilmu yang dia ada. Dia mula membina tapak perjalanan yang bakal mencorakkan masa hadapan. Dia memulakan syarikat bernama Nexol bersama temannya sebelum menukarkan nama syarikat kepada Celltrion Healthcare Co.

Tidak lama kemudian, dia mula tertarik untuk meneroka satu bidang lain dalam dunia perubatan. Dengan tujuan untuk membantu orang tua dan golongan yang kurang berkemampuan, Celltrion Healthcare Co. telah meneroka dunia biosimilar yang membolehkan mereka membina ubatan alternatif dengan tujuan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Bagaimana Bekas Pemandu Teksi Berjaya Menjadi Orang Ke-2 Terkaya Di Korea Selatan?

Menyelusuri jalan perniagaan selalunya akan diduga dengan pelbagai cabaran. Perniagaannya tidak berjalan lancar. Celltrion, yang ditubuhkan pada tahun 2002, mengalami masalah kewangan kerana kegagalan vaksin yang memaksa Seo Jung Jin meminjam wang dari peminjam wang tidak berlesen.

Namun, nasib yang baik selalu berpihak kepada mereka yang sabar, syarikat itu berjaya diselamatkan selepas wabak COVID-19 menyerang dunia pada hujung tahun lalu.

Setelah berjaya membawa syarikat tersebut ke suatu tempat yang tidak pernah diduga oleh orang ramai, Jung Jin mengakui bahawa dia akan mengundurkan diri dari pengurusan tahun ini. Namun, dia akan masih memegang jawatan sebagai pemilik walaupun setelah bersara, kerana baginya, ‘istana’ masih memerlukakan seorang ‘raja’

*Sumber: Lobak Merah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Donald Trump Dikecam Keluar Hospital Temui Penyokong

KANTOI Kumpul Dana Sempena Bulan Kesedaran Payu Dara