in ,

Donald Trump Dikecam Keluar Hospital Temui Penyokong

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dikecam golongan perubatan yang marah dengan tindakan beliau melanggar peraturan, semalam, untuk menemui penyokongnya di luar hospital ketika sedang menjalani rawatan COVID-19.

PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump yang disahkan positif COVID-19 pada Jumaat dibenarkan keluar hospital Hospital Tentera Walter Reed, Maryland, 3 hari selepas menerima rawatan di institusi perubatan itu. Selepas dibenarkan keluar, presiden itu segera ke White House untuk meneruskan rawatan pemulihan.

Trump meninggalkan pekarangan hospital pada kira-kira pukul 7 petang waktu tempatan.

Trump Dibenar Keluar Hospital

Trump Dibenar Keluar Hospital

Beliau menggunakan khidmat helikopter presiden Marine One untuk ke White House.

Sebelum itu, beliau memuat naik status di laman Twitter miliknya memaklumkan akan didiscaj dari hospital.

Dalam ciapannya, Trump berkata beliau berasa sangat sihat dan sempat berpesan supaya tidak takut dengan jangkitan COVID-19.

Selepas keluar hospital dan tiba di White House, Trump segera menanggalkan pelitup muka yang dipakainya.

Trump Dibenar Keluar Hospital

Kepulangan Trump menyusul ketika mana bilangan kakitangan White House yang dijangkiti COVID-19 masih belum dimuktamadkan.

Soal kesihatan Trump membayangi kempen pilihan raya presiden yang berbaki kurang sebulan.

Beliau sebelum ini pernah memuat naik status di Twitter untuk kembali meneruskan jelajah kempen sebelum pilihan raya berlangsung 3 November nanti.

Donald Trump Dikecam Keluar Hospital Temui Penyokong

Trump dilihat memakai pelitup muka berwarna gelap dan melambai dari dalam kenderaan kalis peluru ketika membuat kemunculan sekejap di luar Pusat Perubatan Tentera Walter Reed, dekat sini, yang dilihat sebagai tindakan bagi menunjukkan kesihatannya semakin pulih.

Tindakan itu menyusul selepas doktor Trump dilaporkan berpuas hati dengan perkembangan hasil rawatannya dan mencadangkan kemungkinan beliau dibenarkan keluar wad, hari ini.

Trump Dibenar Keluar Hospital
Presiden AS, Donald Trump, melambai dari dalam kenderaan ketika membuat kemunculan sekejap di luar Pusat Perubatan Tentera Walter Reed. – FOTO AFP

Dalam satu taklimat sebelum ini, pasukan perubatan Trump memaklumkan, beliau mencatatkan ‘pemulihan berterusan’ dan boleh kembali ke Rumah Putih yang memiliki kemudahan untuk merawat serta mengasingkan Presiden itu.

Bagaimanapun, pakar mengkritik tindakan Trump itu sebagai bukan hanya melanggar garis panduan kesihatan awam yang menetapkan pesakit perlu diasingkan ketika masih menjalani rawatan tetapi juga memudaratkan pasukan ‘Secret Service’ yang melindungi beliau.

Trump telah berulang kali ditegur sebelum ini kerana melanggar garis panduan kesihatan awam serta menyebarkan maklumat salah berhubung pandemik COVID-19.

Sejurus sebelum membuat kemunculan sekejap di luar hospital itu, Trump memaklumkan menerusi satu rakaman video dimuat naik ke akaun Twitter bahawa beliau telah ‘banyak belajar mengenai COVID-19’ dengan ‘betul-betul masuk sekolah’ ketika dirinya bergelut melawan jangkitan virus berkenaan.

Namun, pakar kesihatan membidas tindakan Trump keluar sekejap dari hospital itu sebagai menggambarkan beliau langsung tidak mengambil sebarang iktibar.

“Setiap orang di dalam kenderaan terbabit ketika Presiden mengambil tindakan yang tidak perlu sama sekali itu, kini perlu dikuarantin selama 14 hari.

“Mereka berkemungkinan akan jatuh sakit, malah boleh mati, untuk teater politik. Diarahkan Trump supaya memperjudikan nyawa mereka bagi tujuan itu. Ini adalah tindakan gila,” kata Ketua Perubatan Bencana di Universiti George Washington, James Phillips.

Pengerusi Jabatan Etika Perubatan dan Dasar Kesihatan di University of Pennsylvania, Zeke Emanuel pula menyifatkan tindakan Trump itu sebagai ‘memalukan’.

“Ejen Secret Service beliau terpaksa berada di dalam kenderaan bersama seorang pesakit COVID-19, malah dengan tingkap tertutup, meletakkan mereka dalam risiko jangkitan yang tidak perlu. Dan untuk apa? Satu ‘stunt’ PR,” ciap beliau. – AFP

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Uyaina Arshad White | 23

Uyaina Arshad Rasa Lucu, Ada Peminat Tentukan Kehidupan Artis Kegemaran Mereka

Seo Jung Jin | 24

Bagaimana Bekas Pemandu Teksi Berjaya Menjadi Orang Ke-2 Terkaya Di Korea Selatan?