in ,

Bacaan Yasin Serentak Diteruskan TANYALAH USTAZ ISTIMEWA: DOA UNTUK MALAYSIA

Syukur kehadrat Ilahi apabila bacaan Yasin secara serentak seluruh negara menerusi Tanyalah Ustaz yang dibawakan oleh Ustaz Sheikh Abdul Karim Al-Makki, Profesor Madya Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah dan Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud pada 1 Jun 2021, pukul 6.30 pagi yang lalu telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

Syukur kehadrat Ilahi apabila bacaan Yasin secara serentak seluruh negara menerusi Tanyalah Ustaz yang dibawakan oleh Ustaz Sheikh Abdul Karim Al-Makki, Profesor Madya Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah dan Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud pada 1 Jun 2021, pukul 6.30 pagi yang lalu telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. 

Terima kasih diucapkan kepada semua penonton setia TV3, kerana dengan sokongan dan penglibatan daripada semua pihak, Tanyalah Ustaz telah memecah rekod dan melakar sejarah bagi program waktu 6.30 pagi, apabila berjaya meraih jumlah tontonan tertinggi sebanyak 1.3 juta penonton atau 52.5% syer penonton (Total 4+) (sumber Nielsen Audience Measurement). 

Bacaan Yasin Serentak Diteruskan TANYALAH USTAZ ISTIMEWA: DOA UNTUK MALAYSIA

Pada 15 Jun hingga 21 Jun bermula pukul 6.30 pagi, Tanyalah Ustaz akan meneruskan bacaan Yasin di TV3 dan TV9 dengan mengajak seluruh umat Islam untuk sama-sama berdoa dan munajat kepada Allah SWT di saat negara dilanda penularan Covid-19. “Tanyalah Ustaz Istimewa: Doa Untuk Malaysia” akan dimulakan dengan bacaan Yasin secara langsung yang dibawakan oleh da’i dan panelis jemputan bertauliah. 

Selesai  bacaan Yasin,  panelis  akan tadabbur  atau erti kata lain mengupas tentang kisah pengajaran ayat-ayat di dalam surah Yasin. Tadabbur ini akan dibawakan selama 7 hari oleh 5 ilmuan Islam yang bertauliah seperti Ustaz Mohammad Rozie Mohd Rejab, Dr. Muhammad Lukman Ibrahim, Ustaz Mohammad Asraff Ayob, Profesor Madya Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah dan Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud.

Sesungguhnya, banyak kelebihan dan kebaikan yang dapat kita perolehi apabila memahami kandungan surah Yasin ini. Berikut adalah jadual tadabbur sepanjang 7 hari ini nanti.

Tarikh / HariTadabbur Yasin Panelis
15 Jun 2021 (Selasa)Tadabbur Yassin (Ayat 1-12)Ustaz Mohammad Rozie Mohd Rejab
16 Jun 2021 (Rabu)Tadabbur Yassin (Ayat 13-32)Dr. Muhammad Lukman Ibrahim
17 Jun 2021 (Khamis)Tadabbur Yassin (Ayat 33-44)Ustaz Mohammad Asraff Ayob
18 Jun 2021 (Jumaat)Tadabbur Yassin (Ayat 45-54)Profesor Madya Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah
19 Jun 2021 (Sabtu)Tadabbur Yassin (Ayat 55-68)Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud
20 Jun 2021 (Ahad)Tadabbur Yassin (Ayat 69-73)Ustaz Mohammad Rozie Mohd Rejab
21 Jun 2021 (Isnin)Tadabbur Yassin (Ayat 74-83)Dr. Muhammad Lukman Ibrahim

Turut dikongsi maklumbalas daripada penonton apabila siaran ulangan Tanyalah Ustaz disiarkan sepanjang PKP dua minggu lalu. 

Semoga segala usaha kita mendapat rahmat Allah SWT serta dikurniakan kesejahteraan buat negara kita Malaysia dalam menangani penularan Covid-19. 

Bacaan Yasin Serentak Diteruskan TANYALAH USTAZ ISTIMEWA: DOA UNTUK MALAYSIA

Tanyalah Ustaz diterajui oleh dua penerbit eksekutif berpengalaman Haji Ruzmi Kamaruddin dan Haji Ahmad Noor Sulaiman serta penerbit Fauzana binti Ainuddin Radzuan dan Shamsimar Saidan Khaderi.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. 

#TV3Ulangtahun37 #BacaanYasinTanyalahUstaz #kesejahteraanNegara

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aplikasi Terbaru di Pasaran SoCrwd Membawakan Kebaikan Dunia Luar Talian ke Rumah Anda

Ada Founder Tuduh Wawa Ciplak Rekaan Pembungkusan, Sekali Aeril Balas Balik, Buat Malu Je