in ,

Aplikasi Terbaru di Pasaran SoCrwd Membawakan Kebaikan Dunia Luar Talian ke Rumah Anda

Aplikasi pertama seumpamanya di Malaysia, SoCrwd adalah sebuah Khalayak Sosial di dalam Platform Maya

SoCrwd, aplikasi yang pertama seumpamanya di Malaysia ialah sebuah dunia maya berasaskan avatar yang unik dengan watak-watak yang boleh disesuaikan sepenuhnya dan kemungkinan yang tiada pengakhirannya di dalam persekitaran yang dibina agar menyerupai kehidupan di dalam dunia sebenar. SoCrwd, seperti yang dapat dilihat pada namanya, membolehkan khalayak sosial berhimpun dalam sebuah platform maya yang dicipta khusus penganjuran acara awam dengan cara yang lebih kreatif, terutama sekali dalam tempoh yang serba tidak menentu ini.

“Lebih setahun telah berlalu sejak penularan pertama Covid-19 bermula dan pandemik ini telah mendatangkan kesan buruk ke atas pelbagai jenama global di mana banyak acara secara langsung tidak kira sama ada kecil atau besar, terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan. Inilah tujuan sebenar SoCrwd.

Socrwd

Pewujudan aplikasi dunia maya dengan kemungkinan yang tiada pengakhirannya untuk tujuan pemasaran, kempen dan penganjuran acara tanpa perlu bimbang tentang keadaan semasa dan pelanggaran SOP, sementara memberi banyak manfaat kepada jenama dan pengguna. SoCrwd berharap untuk menyediakan alat yang diperlukan kepada jenama, perniagaan serta bakat bukan sahaja untuk kekal mapan tetapi untuk berkembang juga,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Ad-Nology Labs, Ken Chai.

Dunia maya telah pun wujud sejak sekian lama, namun tiada jenama yang benar-benar memanfaatkan ruang tersebut untuk tujuan gamifikasi dan pemasaran di Malaysia. SoCrwd adalah sebuah platform digital yang menerapkan elemen permainan ke dalam pengalaman pengguna menerusi penambahan avatar, pengiraan mata, keupayaan untuk berinteraksi dan bersosial. Semuanya terangkum dalam satu persekitaran kreatif yang dibina bagi menggalakkan pengalaman yang menarik lagi menceriakan dan melicinkan proses peralihan dari dunia luar talian ke dunia dalam talian.

Ciri-ciri sosial yang ada pada aplikasi ini membolehkan para pengguna berhubung dengan pengguna-pengguna lain, sambil melakukan aktiviti harian seperti bertemu dengan rakan-rakan, menghadiri acara kegemaran mereka, mengunjungi kedai konsep berjenama dan banyak lagi, semuanya secara maya.

Manakala untuk segmen perniagaan, SoCrwd bukannya sekadar sebuah platform untuk acara maya. SoCrwd membayangkan sebuah platform maya di mana para pelanggan boleh mengunjungi ruang pameran kereta kegemaran mereka, cawangan bank, galeri hartanah, kedai konsep, pameran, konsert, bazar, acara, persidangan dan banyak lagi. Ia membawa segala yang terbaik dari dunia luar talian terus ke rumah para pelanggan anda, sekali gus membantu mengurangkan penyebaran Covid-19.

Selain daripada itu, SoCrwd turut membolehkan syarikat-syarikat menganjurkan aktiviti pemasaran, penjenamaan dan perniagaan sambil membina rangkaian, saling kenal-mengenali dan bertukar profil syarikat dengan syarikat yang lain secara maya. Ianya sangat ideal kerana boleh disesuaikan sepenuhnya mengikut keperluan jenama dan pengguna.

Socrwd

“Terdapat banyak laman sesawang dan aplikasi acara maya yang bersifat sementara, tetapi apa yang telah kami bina menerusi SoCrwd ialah kandungan yang dipacu oleh platform maya untuk jenama, perniagaan dan pengguna. Kami juga mahu mewujudkan lebih banyak peluang untuk pencipta kandungan yang bekerja dalam pelbagai industri berbeza, terutamanya industri kreatif dan acara, membolehkan penciptaan kandungan, pengalaman dan acara menarik berteraskan pengguna, yang pastinya dapat memikat hati mereka,” tambah Ken

Pelancaran aplikasi ini menyaksikan dua jenama terkenal dengan kehebatan mereka yang tersendiri, bekerjasama bagi menjayakan idea tersebut. Ad-Nology Labs, sebuah firma pemasaran penjenamaan dan pelaksanaan dengan tumpuan terhadap generasi abadi atau forever generation, yang terkenal kerana membawakan pasaran pop-up kegemaran rakyat Malaysia, Artbox, dan Magnus Games Studio, pembangunan permainan Indie Malaysia di sebalik Re: Legend, permainan yang memperoleh pendanaan khalayak terbanyak di Malaysia pada 2017.

“Apabila Ad-Nology Labs mengemukakan idea mereka, kami terus bersetuju dan tahu bahawa kami perlu membangunkan SoCrwd untuk manfaat perniagaan dan pengguna,” kata Pengarah Urusan Magnus Games Studio, DC Gan. Tambah beliau, “Sebagai pemain dan pembangun permainan, kami bertekad untuk mereka bentuk sebuah platform yang pada dengan elemen yang menyeronokkan bagi mengelakkan ia menjadi tidak bermaya dan membosankan.”

Socrwd

SoCrwd direka bentuk bagi menambahkan lagi keceriaan dan pada masa sama menggalakkan keterlibatan kerana ia bukan sekadar sebuah permainan. Menerusi suasana kerja berkolaborasi, pasukan Magnus Games Studio telah memberi tumpuan membangunkan SoCrwd sebagai sebuah aplikasi yang dapat memenuhi keperluan para pengguna yang sentiasa berevolusi.

Dunia maya membolehkan para pengguna melakukan pelbagai aktiviti di dalam talian, dengan cara yang paling canggih dan menarik. Tidak sekadar menawarkan sebuah laman sesawang yang membosankan dengan hanya butang pembelian kepada jenama-jenama, SoCrwd sebaliknya akan mereka bentuk keseluruhan susun atur kedai bagi menarik para pengguna serta memberi mereka pengalaman pengguna yang terbaik dan serba unik. SoCrwd menggalakkan kempen penjenamaan “Rentas-Realiti” atau “Cross-Reality” seperti menggabungkan acara dalam talian dan luar talian yang memberi peluang kepada para pengguna untuk bermain permainan di dalam SoCrwd dan memperoleh pelbagai hadiah menerusi pelbagai ganjaran yang disediakan oleh jenama luar talian, dan sebaliknya.

“Kami bukannya cuba mencipta penyelesaian sementara untuk penganjuran acara, tetapi menjadi pelengkap kepada penganjuran acara sosial di masa depan sambil kita terus melangkah lebih maju ke dalam era digital. Kami akan terus berusaha membangunkan platform ini sambil memastikan bahawa kami sentiasa menyediakan ciri-ciri baru dan ditambah baik selaras dengan setiap pengalaman dan penemuan yang kami tempuhi,” tambah Ken lagi.

Harga dan Kebolehdapatan

Aplikasi baru ini boleh didapati untuk dimuat turun tanpa sebarang kos kepada para pengguna. Selain daripada itu, tiada pembelian di dalam aplikasi diperlukan untuk menyertai atau mengambil bahagian dalam ruang awam dunia maya ini. SoCrwd boleh didapati untuk kedua-dua pengguna Android dan iOS di Malaysia. Para pengguna boleh log masuk dan menyempurnakan misi harian bagi mendapatkan koin, mengubahsuai avatar, menganjurkan acara awam dan peribadi untuk rakan-rakan atau perhimpunan yang lebih besar, menyertai ruang awam untuk bertemu dengan orang lain dan menerokai dunia baru. Dalam tempoh beberapa bulan akan datang, para pengguna boleh menikmati ciri-ciri lain yang akan dilancarkan mengikut fasa. SoCrwd akan mula memasuki negara-negara jiran dalam tempoh yang terdekat.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai SoCrwd, sila kunjungi www.socrwd.com atau ikuti @SoCrwd di Instagram dan Facebook atau hubungi kami di [email protected]

Mengenai SoCrwd

Hasil buah fikiran Ad-Nology Labs dengan kerjasama Magnus Games Studio, SoCrwd ialah sebuah dunia maya berasaskan avatar yang unik dengan watak-watak yang boleh disesuaikan sepenuhnya dan kemungkinan yang tiada pengakhirannya di dalam persekitaran yang dibina bagi menyerupai kehidupan di dalam dunia sebenar.

Mengenai Ad-Nology Labs 

Sebuah agensi acara kreatif dengan pasukan pelbagai disiplin, yang memberi tumpuan terhadap inovasi, dihasilkan oleh personaliti paling kreatif yang didorong oleh nilai untuk membina pengalaman yang amat berharga dan bermakna. Berpegang teguh kepada inovasi dan kreativiti yang menjadi teras kami, syarikat ini dibina oleh generasi abadi, untuk generasi abadi. Ia memberi tumpuan kepada perkara yang benar-benar penting,  kebebasan untuk berfikir dan membangunkan idea-idea bernas.

Mengenai Magnus Games Studio 

Magnus, yang bermaksud hebat, mulia atau kuat dalam Bahasa Latin, menzahirkan visi syarikat untuk menjadi sebuah syarikat permainan Malaysia yang terhebat. Diasaskan pada 2017 di Kuala Lumpur, Magnus Games bermula sebagai sebuah studio permainan indie yang kecil, dibangunkan oleh dua beradik yang mempunyai impian besar untuk mencipta permainan yang disukai oleh para peminat di seluruh dunia.

Hari ini, Magnus Games mempunyai 40 kakitangan yang berkongsi visi yang sama, di mana semuanya bersemangat mahu mencipta permainan yang hebat. Syarikat ini mengamalkan suasa kerja berkolaborasi kerana ia percaya bahawa dunia yang menarik lagi menyeronokkan dibina di dalam persekitaran yang terbuka serta progresif. Magnus mempunyai banyak lagi idea-idea hebat yang belum lagi ditunjukkan kepada dunia, oleh itu nantikan pengumuman kami yang seterusnya di dalam ruangan ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jack Black | 10

Dreamworks Launches Brand-New Virtual World, Dream Heroes

Sheikh Karim | 11

Bacaan Yasin Serentak Diteruskan TANYALAH USTAZ ISTIMEWA: DOA UNTUK MALAYSIA